Setelah setahun enam bulan


BELI SOFA!!

HAHAHA.



Al-kisahnya lama dah nak beli sofa weh. Tapi tu la, masa awal kawen deal dulu dengan orang kedai perabot, tunggu punya tunggu nak masuk dua bulan sofa tak nampak bayang. Deposit sekali dengan tilam untuk bilik tamu dah bayar, last-last Detz pegi sound terus dia sebab geram sangat.

Dia kata, dia pulangkan balik deposit untuk sofa dan hantar tilam tu FOC. Masa Detz call tiap-tiap minggu salu duk cakap dalam proses kat kilang padahal fabric tu dah discontinued. Detz kata la, kenapa tak bagitahu. Katanya "takut abang marah". Hehehehehe apelah diorang tu, orang bangla kot dia tu. Lepas kes tu terus kitorang "putus angin" nak beli sofa.

Nak jadikan cerita, awal tahun lepas kawan Detz dan wife dia datang umah. Memang takde la sofa, duk la atas tilam arab tu. Datang baru ni takde jugak penambahan. Hahaha, yang bertukarnya tv je la. Aku geram, aku kata kat Detz even diorang tak kata apa, tapi malu la pulak orang datang setahun sekali asyik duk bawah je. Lagi pulak FIL aku tu sakit kaki, kalau mai umah kena duk kerusi kat meja laptop. Duk lama kat bawah dia cepat lenguh. So, ada baiknya jugaklah kitorang beli sebab kitorang pun banyak lepak depan tv.

Detz kata, kali ni kita jangan fikir banyak, aku setuju. Sebelum ni, setiap kali pegi Ikea mesti tengok dua bendalah ni. Duduk-duduk, tengok-tengok. Ada sekali kitorang dah decide nak beli, habis stok la pulak.

Last week pegi, tak cakap banyak terus order. Sebab kalau fikir banyak kali memang akan tak jadi. So beli la satu sofabed dan satu kerusi kuning untuk letak bilik tengah, bilik lepak kitorang sambil layan lagu.



ai loike mendalah sofabed ni.


























Lepas deko deko kang, aku ambik gambar. :)

No comments: