Short trip to Penang.


Memang best bila takde excat plan, terus je jalan. Sabtu lepas sebelum keluar makan tengah hari suami suruh kemas beg. Simple-simple je katanye. Aku tanya,

"Eh nak pegi mane?"

"Takpe, kemas je la dulu"

Selepas makan Pecal Lele (waahhh!!), suami tanya nak pegi mana. Antara dua samada Johor atau Penang. Soooo, saya pilih Cameron! Hahahaha. Suami tolak cadangan saya HAHAHAHAHA. Beliau dan kesejukan memang bukan best friend. Jadi.....


PENANG!

 lebih kurang 4 jam dari KL

 sampai-sampai terus ke Padang Kota

 trip dalam hujan kita kali ni

 todia, pasemboq. tapi manis jugak noh orang Penang

 aku nampak besar sebab pakai beg (alasan,hahaha)

 hari kedua, ke Rope Walk

 bil letrik tahun 1984 baru RM2.50/sebulan. T___T

 barang lama

buku lama, suami borong 17 biji sebab Made In England.tak baca, siap!!


 naik feri

 Penang Street Art

 beli jeruk Pak Ali dulu.

 Nasi Kandaq Line Clear. udang lembut dan manis. RM20 seekor.

 pegi mana-mana, bundle memang kena masuk dalam list. ada barang berkenan or tak, tu hal kedua.

 okay jugak, tapi aku berkenan selai je.

banyak yang sleeveless 

Sebab hujan dan banyak habiskan masa di Rope Walk, kami banyak jalan-jalan je. Lagipun tak plan. Bukit Bendera pun tak pegi. Takpe, next time kita pegi Johor pulak. Tak tahu la pulak bila. Hehehehe.
Yang penting trip kali ni, keje makan je.

On Blogger since May 2009



Lama dah aku berblog, sejak 2009 tapi banyak post dah aku privatekan. Tak sanggup lak nak baca balik. Hahahahaha. Setakat ni, 64 posts aje la yang available untuk dibaca. Blog skang pun tak macam dulu. Budak-budak pakat duk upload kat FB dan Instagram and berapa kerat sangatlah yang masih aktif berblog ni. Aku pun dah jadi suam-suam kuku.

Dulu aku siap buat contest tak menahan. HAHAHAHA. Malu ase.

Naik tak turun-turun


Selepas dua minggu, memang mencanak naik berat badan aku. Selamat tinggak kurus, kita memang tidak berjodoh.

Baru sampai dari kampung setelah 2 minggu kat sana.

Seronok, suami datang ambil setelah dua minggu kat kampung. Rindu dendam la tu kat ai kan. Hahahahaha. Mintak tiga minggu, dibaginya kita dua minggu je. Hee.