Buli


Kes buli ni sebenarnya lama dah terjadi. Buli ni macam-macam pesen. Ambik keropok lekor yang kita beli tanpa mintak izin, mintak duit kita, tendang beg kita tanpa sebab yang jelas, tolak kepala, karate orang tak tentu pasal dan macam-macam lagi. Aku takde la kena sampai tahap serius, cuma tang ambik keropok lekor tanpa mintak izin tu pernah la jadi. Dah la dulu bawak seringgit je. Huhu.

Sekarang ni plak viral kot, abam singlet hitam duk ber Ong Bak kawan-kawan dia. Takut pulak aku yang tengok. Harapnya adik-adik aku tak jadi mangsa or jadi orang yang membuli. Amin.