Bebelan

Tak lama lagi perumahan depan rumah aku ni nak siap. Sekarang pun macam crowded gila parking, nanti tak tahu lah. Walaupun dia buat satu bangunan untuk parking saje, aku rasa mesti tak cukup punyalah. Haih. Sekarang ni pun kalau malam-malam rasa nak keluar rumah, pastu nak balik lewat. Bersiap sedialah parking kat luar. Dah la ada kes cermin kereta kena pecah. Pastu aku punya penutup angin tayar pun kena curi 2 biji. Haih.

Calar balar tak payah cakap lah. Tak faham macam mana orang reverse kereta boleh kena kereta aku. Tak pandai amik side la tu. Herr. Aku dah masuk part redha kalau bab calar-calar ni. Biasalah KL. Bab lain, alhamdulillah setakat ni time aku nak masuk jalan lain, orang still bagi jalan. Part yang aku suka time ambulance lalu, cepat je orang bagi laluan dan masuk balik jalan masing-masing. Adalah kebaikan dia jugak kan.

Cuma part hujan renyai-renyai pun jem teruk, accident jalan sebelah jalan kita yang jem tu macam tak berapa nak masuk akal sikit.

Okay bai.