WhatsApp Group punya cerita




Lama dah aku pendam benda ni. Hehehehe. Bukanlah satu masalah pun sebenarnya. Saje je. Buat masa sekarang aku ada lah join beberapa WhatsApp (wasep) group ni. Antaranya, group sekolah rendah dulu, group family belah ayah aku, belah suami aku, group kawan satu batch kerja dan lain-lain la. Kiranya banyak la jugak sampai kadang-kadang aku tak baca pun, aku just clear conversation manjang.

Aku ada la terdengar dalam Red.FM, tak ingat la bila tapi JJ dan Priya sembang pasal group wasep ni. Priya tanya soalan lebih kurang macam ni,

"Adakah kawan-kawan dalam group wasep akan terasa hati kalau ada sesiapa LEFT GROUP wasep?"

JJ kate,

"Buat ape nak terasa hati, kalau kita takde join pun conversation group tu, tak de makna kita ada dalam tu so baik kita LEFT je"

*ape teruk bebenor aku translate English to BM ni. Wakakakakaka.

Priya kate

"Tak boleh, nanti kawan kate kita tak sporting. Baik MUTE je"

JJ kate lagi,

"MUTE sama macam kita takde dalam group tu, baik LEFT je"

Priya kate,

"Mane tahu kalau ade info yang perlu kita tahu. Tambah-tambah kalau group tu untuk kerja"


And macam -macam le lagi diorang bincagkan.

Aku pun ada masalah yang sama. Adalah satu 1 group aku langsung tak pernah join pun, so aku mute. Lepas seminggu mute lagi. Tapi kadang-kadang aku baca je ape yang diorang sembangkan. Dan aku tengok orang keluar masuk group tu rilek je.

Ada satu group lagi. Aku memang kadang-kadang join jugak, tapi orang dalam tu macam emo semacam. Sebelum ni adalah orang left. Tetiba ada orang tanya "sape left tu?" Pastu masing-masing tanya dan kalut semacam and then tahu la sape yang left.

Salah seorang pun private wasep dia. Dia jawab, "aku tak dan nak baca weh. sibuk kerja pastu duk bunyi manjang tepun aku, aku left la" Kawan tu cite la kot dalam group kalut sebab dia left. Dia pun kata "dah add la aku balik kalau ramai yang terasa, hahahahaha"

Euwwww, please lah. Aku rasa semua dah besar panjang kot. Macam budak-budak. Biarlah dia nak left ke hape. Bukan masalah kita pun.Dah memang dia takkan baca pun apa yang korang sembangkan. Iye dak???




Life Quote


Buli


Kes buli ni sebenarnya lama dah terjadi. Buli ni macam-macam pesen. Ambik keropok lekor yang kita beli tanpa mintak izin, mintak duit kita, tendang beg kita tanpa sebab yang jelas, tolak kepala, karate orang tak tentu pasal dan macam-macam lagi. Aku takde la kena sampai tahap serius, cuma tang ambik keropok lekor tanpa mintak izin tu pernah la jadi. Dah la dulu bawak seringgit je. Huhu.

Sekarang ni plak viral kot, abam singlet hitam duk ber Ong Bak kawan-kawan dia. Takut pulak aku yang tengok. Harapnya adik-adik aku tak jadi mangsa or jadi orang yang membuli. Amin.

Bebelan

Tak lama lagi perumahan depan rumah aku ni nak siap. Sekarang pun macam crowded gila parking, nanti tak tahu lah. Walaupun dia buat satu bangunan untuk parking saje, aku rasa mesti tak cukup punyalah. Haih. Sekarang ni pun kalau malam-malam rasa nak keluar rumah, pastu nak balik lewat. Bersiap sedialah parking kat luar. Dah la ada kes cermin kereta kena pecah. Pastu aku punya penutup angin tayar pun kena curi 2 biji. Haih.

Calar balar tak payah cakap lah. Tak faham macam mana orang reverse kereta boleh kena kereta aku. Tak pandai amik side la tu. Herr. Aku dah masuk part redha kalau bab calar-calar ni. Biasalah KL. Bab lain, alhamdulillah setakat ni time aku nak masuk jalan lain, orang still bagi jalan. Part yang aku suka time ambulance lalu, cepat je orang bagi laluan dan masuk balik jalan masing-masing. Adalah kebaikan dia jugak kan.

Cuma part hujan renyai-renyai pun jem teruk, accident jalan sebelah jalan kita yang jem tu macam tak berapa nak masuk akal sikit.

Okay bai.