Petrol di mukaku.


Tak tahu la kenape, bila hari jumaat je aku asyik rasa hari ni dah hari Sabtu. Hehe. Hari di mana hari jem boleh kate amatlah dasyat tapi aku balik awal, takdelah rasa sangat jem tu.

Nak cerita kisah beberapa hari lepas. Tak ingat pulak harinya. Aku balik dari sekolah, aku tengok wallet suami kesayangan aku tu elok ada tepi tv. Padahal dia dah selamat meeting kat Putrajaya nun. Aku terfikir pulak, dah la pegi dengan motor je. Cukupke minyak. Duk bermonolog dalaman sorang diri, suami call.

"Ada kat mane?"

"Ade kat rumah dah ni, kenapenye?"

"Wallet saya ade tak?"

"Ade ni haa.. Acane boleh tak bawak ni"

"Kalut sikit pagi tadi. Hmm, takpelah"

------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbualan terhenti kat situ, duk sekejap suami call lagi

"Minyak tak dan ni.. Saye berhenti kat RnR lepas tol Putrajaya."

"Hantar wallet la ni?"

"Ye laa..Tak dan ni"

"Okay jap nak sesiap"

"Jangan datang saje, beli minyak tu" Amboi.

"Alaaa, nak isik dalam ape. Botol mineral boleh? Yang besar tu?"

"Boleh je, cuci la dulu"

Dipendekkan cerita aku yang naif dan 1st time nak isi minyak dalam botol. Aku bayar RM2 kat kaunter dan mula nak isi minyak. Masuk muncung dalam botol tu, sekali aku tekan macam aku nak isi minyak ke kereta.

GEDEBUSSSSSSSSHHHHHHHHH!!!!

Sekali terus tersembur, terpercik habis ke muka dan tudung aku. Memang panik aku time tu. Ada lah pakcik cine kat pam sebelah datang dan cakap "careful..careful". Dia pun cuak kot. Dia tolong isikan untuk aku. Lepas tu aku terus pegi tandas basuh muka, kumur sungguh hati. Tersembur tepat ke muka. Masuk ikut hidung. Perit tekak aku.

Rasa nak nangis kot. Takut sangat.

Terus call suami cerita, dia suruh pegi kumur dan bersihkan lagi hidung. Lepas tu aku teruskan perjalanan ke Putrajaya dengan bau petrol satu kereta. Dekat tudung jangan cakaplah. Naik loya aku dibuatnya.

Trauma kejap tengok pam minyak.

T________T

Setelah sekian lama.


Aku publishkan balik blog aku ni. Banyak dah yang berubah.