Save minyak punya cerita

Hampir 8 bulan dengan rutin yang sama setiap hari kecuali cuti sekolah. Bangun awal pagi. bersiap, turun, tolak beberapa buah kereta yang block kereta saya, drive hampir sejam dengan meredah jem, dan balik seawal mungkin.

Bab pagi, hanya guna jalan yang sama sebab nak cuba jalan lain takut lewat sampai sekolah. Yang boleh diubah hanyalah jalan balik yang memungkinkan untuk saya sampai rumah seawal mungkin dan jimat.

Awal-awal dulu selalu guna MRR2, jauh tanpa tol tapi kadang-kadang jem tak pasal-pasal. Ada sekali kena speed trap sebab melebihi had laju HAHA. Lepas tu mula beralih ke Duke. Kurang sikit jaraknya berbanding MRR2, tapi bertol. Duke ni paling lama saya guna, cuma lepas beberapa bulan cermin kena batu. Tak pecah, ada lubang je. Kedua-dua jalan ni walaupun adakala tak jem sangat, memperuntukkan duit minyak lebih RM50 seminggu. Sebabnya setiap Rabu atau Khamis mesti dah tinggal 2 bar kalau isi RM50 pada hari Ahad. Salah satu sebab cepat habis, maybe bawak laju sangat kot.

Dan lebih kurang 3 minggu lepas, saya selalu berulang ke Pusrawi, lalu terus lah balik ikut Jalan Tun Razak. Jalan Tun Razak ni memang setiap pagi, tengah hari dan petang kalau dengar lintasan trafik mesti ada nama jalan ni. Tapi! Mula dengan minggu ni, seminggu saya guna Jalan Tun Razak untuk balik, sebab dah terbiasa lalu. Eh dekat walaupun ada memang jem dekat IJN dan library tu.

Takde motif pun, cuma nak bagitahu, hari Ahad isi minyak RM50 dengan berbaki 2 bar tapi hari ni yakni hari Khamis, masih ada 4 bar. HAHAHAHA. I like sangat! Tapi apapun, harap permohonan tukar nak masuk zon area rumah saya diterima walau lambat. Terimaaaalah. Penat la berulang alik cenggini, tolak kereta bagai di pagi-pagi. Sekian bebelan saya di malam hari.