Short trip to Penang.


Memang best bila takde excat plan, terus je jalan. Sabtu lepas sebelum keluar makan tengah hari suami suruh kemas beg. Simple-simple je katanye. Aku tanya,

"Eh nak pegi mane?"

"Takpe, kemas je la dulu"

Selepas makan Pecal Lele (waahhh!!), suami tanya nak pegi mana. Antara dua samada Johor atau Penang. Soooo, saya pilih Cameron! Hahahaha. Suami tolak cadangan saya HAHAHAHAHA. Beliau dan kesejukan memang bukan best friend. Jadi.....


PENANG!

 lebih kurang 4 jam dari KL

 sampai-sampai terus ke Padang Kota

 trip dalam hujan kita kali ni

 todia, pasemboq. tapi manis jugak noh orang Penang

 aku nampak besar sebab pakai beg (alasan,hahaha)

 hari kedua, ke Rope Walk

 bil letrik tahun 1984 baru RM2.50/sebulan. T___T

 barang lama

buku lama, suami borong 17 biji sebab Made In England.tak baca, siap!!


 naik feri

 Penang Street Art

 beli jeruk Pak Ali dulu.

 Nasi Kandaq Line Clear. udang lembut dan manis. RM20 seekor.

 pegi mana-mana, bundle memang kena masuk dalam list. ada barang berkenan or tak, tu hal kedua.

 okay jugak, tapi aku berkenan selai je.

banyak yang sleeveless 

Sebab hujan dan banyak habiskan masa di Rope Walk, kami banyak jalan-jalan je. Lagipun tak plan. Bukit Bendera pun tak pegi. Takpe, next time kita pegi Johor pulak. Tak tahu la pulak bila. Hehehehe.
Yang penting trip kali ni, keje makan je.

On Blogger since May 2009



Lama dah aku berblog, sejak 2009 tapi banyak post dah aku privatekan. Tak sanggup lak nak baca balik. Hahahahaha. Setakat ni, 64 posts aje la yang available untuk dibaca. Blog skang pun tak macam dulu. Budak-budak pakat duk upload kat FB dan Instagram and berapa kerat sangatlah yang masih aktif berblog ni. Aku pun dah jadi suam-suam kuku.

Dulu aku siap buat contest tak menahan. HAHAHAHA. Malu ase.

Naik tak turun-turun


Selepas dua minggu, memang mencanak naik berat badan aku. Selamat tinggak kurus, kita memang tidak berjodoh.

Baru sampai dari kampung setelah 2 minggu kat sana.

Seronok, suami datang ambil setelah dua minggu kat kampung. Rindu dendam la tu kat ai kan. Hahahahaha. Mintak tiga minggu, dibaginya kita dua minggu je. Hee.

WhatsApp Group punya cerita




Lama dah aku pendam benda ni. Hehehehe. Bukanlah satu masalah pun sebenarnya. Saje je. Buat masa sekarang aku ada lah join beberapa WhatsApp (wasep) group ni. Antaranya, group sekolah rendah dulu, group family belah ayah aku, belah suami aku, group kawan satu batch kerja dan lain-lain la. Kiranya banyak la jugak sampai kadang-kadang aku tak baca pun, aku just clear conversation manjang.

Aku ada la terdengar dalam Red.FM, tak ingat la bila tapi JJ dan Priya sembang pasal group wasep ni. Priya tanya soalan lebih kurang macam ni,

"Adakah kawan-kawan dalam group wasep akan terasa hati kalau ada sesiapa LEFT GROUP wasep?"

JJ kate,

"Buat ape nak terasa hati, kalau kita takde join pun conversation group tu, tak de makna kita ada dalam tu so baik kita LEFT je"

*ape teruk bebenor aku translate English to BM ni. Wakakakakaka.

Priya kate

"Tak boleh, nanti kawan kate kita tak sporting. Baik MUTE je"

JJ kate lagi,

"MUTE sama macam kita takde dalam group tu, baik LEFT je"

Priya kate,

"Mane tahu kalau ade info yang perlu kita tahu. Tambah-tambah kalau group tu untuk kerja"


And macam -macam le lagi diorang bincagkan.

Aku pun ada masalah yang sama. Adalah satu 1 group aku langsung tak pernah join pun, so aku mute. Lepas seminggu mute lagi. Tapi kadang-kadang aku baca je ape yang diorang sembangkan. Dan aku tengok orang keluar masuk group tu rilek je.

Ada satu group lagi. Aku memang kadang-kadang join jugak, tapi orang dalam tu macam emo semacam. Sebelum ni adalah orang left. Tetiba ada orang tanya "sape left tu?" Pastu masing-masing tanya dan kalut semacam and then tahu la sape yang left.

Salah seorang pun private wasep dia. Dia jawab, "aku tak dan nak baca weh. sibuk kerja pastu duk bunyi manjang tepun aku, aku left la" Kawan tu cite la kot dalam group kalut sebab dia left. Dia pun kata "dah add la aku balik kalau ramai yang terasa, hahahahaha"

Euwwww, please lah. Aku rasa semua dah besar panjang kot. Macam budak-budak. Biarlah dia nak left ke hape. Bukan masalah kita pun.Dah memang dia takkan baca pun apa yang korang sembangkan. Iye dak???




Life Quote


Buli


Kes buli ni sebenarnya lama dah terjadi. Buli ni macam-macam pesen. Ambik keropok lekor yang kita beli tanpa mintak izin, mintak duit kita, tendang beg kita tanpa sebab yang jelas, tolak kepala, karate orang tak tentu pasal dan macam-macam lagi. Aku takde la kena sampai tahap serius, cuma tang ambik keropok lekor tanpa mintak izin tu pernah la jadi. Dah la dulu bawak seringgit je. Huhu.

Sekarang ni plak viral kot, abam singlet hitam duk ber Ong Bak kawan-kawan dia. Takut pulak aku yang tengok. Harapnya adik-adik aku tak jadi mangsa or jadi orang yang membuli. Amin.

Bebelan

Tak lama lagi perumahan depan rumah aku ni nak siap. Sekarang pun macam crowded gila parking, nanti tak tahu lah. Walaupun dia buat satu bangunan untuk parking saje, aku rasa mesti tak cukup punyalah. Haih. Sekarang ni pun kalau malam-malam rasa nak keluar rumah, pastu nak balik lewat. Bersiap sedialah parking kat luar. Dah la ada kes cermin kereta kena pecah. Pastu aku punya penutup angin tayar pun kena curi 2 biji. Haih.

Calar balar tak payah cakap lah. Tak faham macam mana orang reverse kereta boleh kena kereta aku. Tak pandai amik side la tu. Herr. Aku dah masuk part redha kalau bab calar-calar ni. Biasalah KL. Bab lain, alhamdulillah setakat ni time aku nak masuk jalan lain, orang still bagi jalan. Part yang aku suka time ambulance lalu, cepat je orang bagi laluan dan masuk balik jalan masing-masing. Adalah kebaikan dia jugak kan.

Cuma part hujan renyai-renyai pun jem teruk, accident jalan sebelah jalan kita yang jem tu macam tak berapa nak masuk akal sikit.

Okay bai.

Petrol di mukaku.


Tak tahu la kenape, bila hari jumaat je aku asyik rasa hari ni dah hari Sabtu. Hehe. Hari di mana hari jem boleh kate amatlah dasyat tapi aku balik awal, takdelah rasa sangat jem tu.

Nak cerita kisah beberapa hari lepas. Tak ingat pulak harinya. Aku balik dari sekolah, aku tengok wallet suami kesayangan aku tu elok ada tepi tv. Padahal dia dah selamat meeting kat Putrajaya nun. Aku terfikir pulak, dah la pegi dengan motor je. Cukupke minyak. Duk bermonolog dalaman sorang diri, suami call.

"Ada kat mane?"

"Ade kat rumah dah ni, kenapenye?"

"Wallet saya ade tak?"

"Ade ni haa.. Acane boleh tak bawak ni"

"Kalut sikit pagi tadi. Hmm, takpelah"

------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbualan terhenti kat situ, duk sekejap suami call lagi

"Minyak tak dan ni.. Saye berhenti kat RnR lepas tol Putrajaya."

"Hantar wallet la ni?"

"Ye laa..Tak dan ni"

"Okay jap nak sesiap"

"Jangan datang saje, beli minyak tu" Amboi.

"Alaaa, nak isik dalam ape. Botol mineral boleh? Yang besar tu?"

"Boleh je, cuci la dulu"

Dipendekkan cerita aku yang naif dan 1st time nak isi minyak dalam botol. Aku bayar RM2 kat kaunter dan mula nak isi minyak. Masuk muncung dalam botol tu, sekali aku tekan macam aku nak isi minyak ke kereta.

GEDEBUSSSSSSSSHHHHHHHHH!!!!

Sekali terus tersembur, terpercik habis ke muka dan tudung aku. Memang panik aku time tu. Ada lah pakcik cine kat pam sebelah datang dan cakap "careful..careful". Dia pun cuak kot. Dia tolong isikan untuk aku. Lepas tu aku terus pegi tandas basuh muka, kumur sungguh hati. Tersembur tepat ke muka. Masuk ikut hidung. Perit tekak aku.

Rasa nak nangis kot. Takut sangat.

Terus call suami cerita, dia suruh pegi kumur dan bersihkan lagi hidung. Lepas tu aku teruskan perjalanan ke Putrajaya dengan bau petrol satu kereta. Dekat tudung jangan cakaplah. Naik loya aku dibuatnya.

Trauma kejap tengok pam minyak.

T________T

Setelah sekian lama.


Aku publishkan balik blog aku ni. Banyak dah yang berubah.

Save minyak punya cerita

Hampir 8 bulan dengan rutin yang sama setiap hari kecuali cuti sekolah. Bangun awal pagi. bersiap, turun, tolak beberapa buah kereta yang block kereta saya, drive hampir sejam dengan meredah jem, dan balik seawal mungkin.

Bab pagi, hanya guna jalan yang sama sebab nak cuba jalan lain takut lewat sampai sekolah. Yang boleh diubah hanyalah jalan balik yang memungkinkan untuk saya sampai rumah seawal mungkin dan jimat.

Awal-awal dulu selalu guna MRR2, jauh tanpa tol tapi kadang-kadang jem tak pasal-pasal. Ada sekali kena speed trap sebab melebihi had laju HAHA. Lepas tu mula beralih ke Duke. Kurang sikit jaraknya berbanding MRR2, tapi bertol. Duke ni paling lama saya guna, cuma lepas beberapa bulan cermin kena batu. Tak pecah, ada lubang je. Kedua-dua jalan ni walaupun adakala tak jem sangat, memperuntukkan duit minyak lebih RM50 seminggu. Sebabnya setiap Rabu atau Khamis mesti dah tinggal 2 bar kalau isi RM50 pada hari Ahad. Salah satu sebab cepat habis, maybe bawak laju sangat kot.

Dan lebih kurang 3 minggu lepas, saya selalu berulang ke Pusrawi, lalu terus lah balik ikut Jalan Tun Razak. Jalan Tun Razak ni memang setiap pagi, tengah hari dan petang kalau dengar lintasan trafik mesti ada nama jalan ni. Tapi! Mula dengan minggu ni, seminggu saya guna Jalan Tun Razak untuk balik, sebab dah terbiasa lalu. Eh dekat walaupun ada memang jem dekat IJN dan library tu.

Takde motif pun, cuma nak bagitahu, hari Ahad isi minyak RM50 dengan berbaki 2 bar tapi hari ni yakni hari Khamis, masih ada 4 bar. HAHAHAHA. I like sangat! Tapi apapun, harap permohonan tukar nak masuk zon area rumah saya diterima walau lambat. Terimaaaalah. Penat la berulang alik cenggini, tolak kereta bagai di pagi-pagi. Sekian bebelan saya di malam hari.

Eh eh eh

Hari ni payday! Yeah. Dan semalam gak laki hakak tegur hakak. Duk uih uih lagu tu je la. Pujuk tak macam pujuk pun. Waaah, tak sabar nak shopping, barang dapu dah banyak yang habis. Haih. Esok kena buat preparation untuk khemah. Aku takde ape dah nak cakap, just ada mood nak taip. :)

8 bulan dan 2 hari.


Bertemu lagi kita dalam pelayaran kehidupan. Sebenarnya, sejak kahwin ni aku banyak jadi pelupa akan tarikh-tarikh penting dalam hidup aku. Aku dah mula rasakan yang aku dan nombor memang langsung tidak berjodoh.

Oh ya, dah masuk bulan ke 8 aku dan Detz melayari kehidupan bersama. Aku pun dah lupa sama ada aku ada cerita ke belum yang aku kerja kat tempat lain. Tapi, masih dengan sistem pendidikan yang aku cintai. Cuma kali ini, manfaat dia lebih sedikit dari institusi sebelum-sebelum ni. Selain daripada itu, aku dah semakin moody dengan tubuh badan aku ni haa. Ya ampun, gemuk gedempol baq ang. Haih. Pastu, sejak akhir-akhir ni asyik nak makan chocolate aje.

Lagi pulak, makin nak diet makin naik ada lah. Sebab tu sekarang aku nak rileks dulu. Tunggu beberapa hari lagi lepas dapat jawapan dari doktor aku akan tabur janji manis kat Detz yang aku akan kurus. Btw, Detz sebenarnya instructor mengajar senaman untuk warga emas, ibu mengandung dan orang yang patah ke sakit tulang tapi alkisah isteri beliau tak ikut arahan tu yang jadi makin mengembang.

Aku rasa Detz pun dah bosan nak dengar janji manis aku tu. Dia dah ajar beberapa step mudah untuk senamrobik, aku lak buat time aku rajin je.. Huhuhuhu. Okay la, aku nak senamrobik jap, HAHAHAHA.

Daaaa. 

Daisypath Anniversary tickers