Hai

Lama sungguh aku tak berblog. Aku tak terlintas nak download app Blogger sebenarnya. Hahahaha.

Alhamdulillah sedar tak sedar 4 bulan kami melayari bahtera perkahwinan. Detz macam biasa, bila aku cakap 4 bulan dia kata;

"Hah, 4 bulan?"

"Haaa, mesti wak ingat baru sehari kita kahwin kan? Hehehehe"

"Huh!!"

Aku ni, sebelum kahwin dan lepas kahwin tetap sama. Panggilan pada Det selalu berubah. Latest aku panggil DD. Ala ala macam Daddy la kan. Tapi satu yang aku suka, aku panggil ape pun (panggilan yang baik) semua Detz menyahut.

Aku dan Detz memang masing-masing jenis pelawak so hari-hari lah gelak. Ada time aku merajuk ke hape aku pandang sebelah lain, Detz akan terkam aku dan aku pun gelak tak pasal-pasal. Aku pun tak faham. T__T

Tuje la untuk masa ni. Btw, sebelum orang tanya aku just nak cakap baby takde lagi. Serabai jugaklah bila orang asyik tanya. Aku bagi sepam dua atas muka baru tahu. Tapi mama cakap normallah orang baru kahwin. Tu kategori soalan wajib.

                          


Muah!