Penatnya berlakon

Aku tipu je. Aku buat-buat je gelak dan suka. Dalam hati aku ni, menangis sampai sakit dada menahan. Detz selalu sakit akhir-akhir ni. Sakit kat bahagian lutut yang tak pasti sebab ape. Semalam sakit siku pulak. Jari bengkak tak pasal-pasal. Semua yang berkaitan dengan tulang.

Aku sedih tengok dia jalan macam tu. Nak pakai stokin pun payah. Aku nak je nangis depan dia cakap aku kesian tengok dia macam tu tapi tak boleh. Kang dia cakap, nape sedih-sedih dok pasal. Dua hari lepas dia call cakap lutut dia macam kena mamah/kunyah macam tu. Sakit sampai kena papah time nak berjalan.

Dugaan semua ni. Aku harap lepas ni Detz sihat balik. Letih tau, selalu kalau aku buat lawak bodoh dia gelak la jugak, ni macam tak de perasaan sangat. Sungguh tak best. :'( Hari-hari cakap sakit, siap cakap entah-entah orang voodoo kan dia.. Hesh..Tak mungkinlah, wallahua'llam.

Tak tau dah nak cakap ape..