Esok 20.07.2013

Alamak, macam mana boleh terlepas pandang ni eh. Esok dah birthday Detz. Sengaja pulak tu bagitahu aku semalam yang dua hari lagi birthday dia. Hahaha. Dasat ini budak, nak request hadiah letew. Btw, macam tahun-tahun sebelum ni, aku memang selalu ada masalah dalam nak membeli hadiah untuk Detz. Hihi.

Cumanya, tengoklah nanti. Tak sure lagi nak bagi apa. Kalau tanya dia, dia mesti cakap spek. Asyik-asyik spek. Dah banyak sangat spek dia. Kalau ditanya, dia akan cakap "Awak tak tahu, nanti 10 tahun lagi kalau jual market tinggi blablablabla..."

Okaylah, aku mengantuk pulak. Sejak akhir-akhir ni tidur asyik tak berapa lena je di malam hari. Setiap sejam akan tersedar. Penat  betul.