Penatnya berlakon

Aku tipu je. Aku buat-buat je gelak dan suka. Dalam hati aku ni, menangis sampai sakit dada menahan. Detz selalu sakit akhir-akhir ni. Sakit kat bahagian lutut yang tak pasti sebab ape. Semalam sakit siku pulak. Jari bengkak tak pasal-pasal. Semua yang berkaitan dengan tulang.

Aku sedih tengok dia jalan macam tu. Nak pakai stokin pun payah. Aku nak je nangis depan dia cakap aku kesian tengok dia macam tu tapi tak boleh. Kang dia cakap, nape sedih-sedih dok pasal. Dua hari lepas dia call cakap lutut dia macam kena mamah/kunyah macam tu. Sakit sampai kena papah time nak berjalan.

Dugaan semua ni. Aku harap lepas ni Detz sihat balik. Letih tau, selalu kalau aku buat lawak bodoh dia gelak la jugak, ni macam tak de perasaan sangat. Sungguh tak best. :'( Hari-hari cakap sakit, siap cakap entah-entah orang voodoo kan dia.. Hesh..Tak mungkinlah, wallahua'llam.

Tak tau dah nak cakap ape..


Tidaklah aku pasti

Hasilnya sangat menghampakan. Aku tidak berjaya beli apa-apa hadiah untuk Detz. Dia pun demand lebih tahun ni. Nak spek la pulak. Entah ape yang best dengan spek tu, aku pun tak faham. Aku lagi runsing memikirkan masalah aku ni. Rambut aku ni kategori orang cakap tak habis la. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku perasan yang rambut aku banyak sangat gugur. Masa sikat rambut waktu pagi selalunya. Rambut ni, time macam ni la dia nak buat masalah. Jerawat aku dah malas nak fikir, aku nak biar je dia. Hang nak tumbuh ka nak surut ka, takpalah..Aku layankan je.

Bercakap pasal bulan puasa ni. Aku banyaklah mengharapkan Detz belikan untuk aku. Sebabnya aku mengajar sesi petang, so balik sekolah dalam pukul 5.30 petang. Kalau jalan tak berapa jem, bolehlah aku sampai rumah sebelum pukul 6. Kalau dia buat jem sikit-sikit, dalam 6.10 petang sampai rumah. Seriously, aku tengah berusaha keras untuk manage balik perasaan aku terhadap kemalasan dan kestressan aku berada di salah satu institusi yang memerlukan aku bekerja 6 hari seminggu 2 kali sebulan. Bulan lepas boleh kata setiap minggu ada aktiviti. Aku harap Detz tidaklah terasa hati dengan aku even aku kadang ada cakap lebih kurang dengan dia kala aku rasa emosi aku tak stabil.

Persiapan untuk wedding, alhamdulillah aku dah re-confirm dengan semua yang terlibat dalam wedding aku. Ingatkan balik yang aku dah booking dengan diorang. Sejak dua menjak ni aku asyik berdebar. Ye lah, aku bukan impikan satu perkhawinan yang gah di mata orang, yang aku nak..Jemputan berpuas hati, makanan cukup, tiada umpat cela (jenis suka gossip pasal tuan rumah) dan yang penting diredhai. Aku sangatlah berterima kasih pada mama yang banyak berusaha sedaya upaya nak menjayakan majlis pertama dalam keluarga kami. Untuk wedding, semua aku dan mama yang uruskan. Bukan hak aku dan mama nak suruh orang setelkan urusan kami. Mujurlah ada jiran yang sudi tawarkan diri nak tolong mama saat aku jauh dari dia.

Bila brenti meniap dan buka tab lain, rasa malas dah nak sambung, maybe next time.. Daa...

Esok 20.07.2013

Alamak, macam mana boleh terlepas pandang ni eh. Esok dah birthday Detz. Sengaja pulak tu bagitahu aku semalam yang dua hari lagi birthday dia. Hahaha. Dasat ini budak, nak request hadiah letew. Btw, macam tahun-tahun sebelum ni, aku memang selalu ada masalah dalam nak membeli hadiah untuk Detz. Hihi.

Cumanya, tengoklah nanti. Tak sure lagi nak bagi apa. Kalau tanya dia, dia mesti cakap spek. Asyik-asyik spek. Dah banyak sangat spek dia. Kalau ditanya, dia akan cakap "Awak tak tahu, nanti 10 tahun lagi kalau jual market tinggi blablablabla..."

Okaylah, aku mengantuk pulak. Sejak akhir-akhir ni tidur asyik tak berapa lena je di malam hari. Setiap sejam akan tersedar. Penat  betul.