Dream big and dare to fail.


Ya, pipi aku dan badan aku memang dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Bencilah cenggini. Aku rasa motivasi aku nak kurus ni sangat rendah. Maybe sebab kadar metabolisma tak sepadan dengan jumlah makanan yang aku ambik lalu dia transfer lemak ke peha. Kalau dari belakang aku rasa macam lelaki aku punya struktur badan. HAHAHAHA.

Btw, aku dah pindah KL. Walau pada dasarnya aku dalam dua tapi aku dah cakap, setiap minggu aku akan balik kalau takde hal kat sekolah. Minggu ni tak dapat nak balik sebab hari ni hari tandatangan buku rekod.

Aku kembali bekerja di rangkaian yang sama macam di Terengganu. Bezanya, pengurusan yang lain dan gerak kerja pun lain. Memang sibuk gila. Tak pernah habis kerja, dah siap key in markah online, kena isi form, kena buat laporan. Semua benda ada fail dan buku. Aku kadang-kadang suka jugak dengan kesibukan ni. Bukan apa, kurang sikit masa nak fikir benda lain.

Cuma minggu pertama aku kat sini, aku berperang dengan perasaan sendiri. Nak berhenti kerja la la tu jugak. Jadi, untuk kurangkan sikit rasa tak sedap tu aku akan bercakap dengan mama setiap hari. Aku bukan boleh taip banyak-banyak pasal mama, sensitif dowh (ada sorang murid aku salu sebut dowh, hehe).


Cite benda lain pulak, hari tu aku godek handphone Detz, aku ni bukan ape HAHAHA okay la I ngaku la I salu stalk U punya phone and FB huahuahua. Tapi kan, aku tak pernah tahu pun ada mendalah ni. Aku baca tu, terus sebak dowh. Ke aku pernah baca dulu???? Aku lupa? Entahlah sebab tarikh Detz save tu dah lama dah. Aku pun amiklah gambar, nak print screen handphone aku tak reti. Padahal handphone murah je pun.





Ada lagi nak cerita, tapi lain kalilah. Dah pukul 3.26 a.m. See you soon. :)