Berat mata memandang..

Masalah ni dah bermula lama. Mungkin aku ada sifat "eh,betul ke aku buat ni?" "rasa macam over je". Lalu, selepas aku taip status dan post di FB, aku delete. Aku rasa macam tak selamat. Sesungguhnya dunia pun satu tempat yang tak selamat dah. Keganasan di mana-mana, hura-hura, umat Islam ditindas, aku naik bulu roma memikirkan.

Kisahnya aku delete status FB yang aku rasa macam mengundang rasa tak puas hati dari aku sendiri. Aku rasa macam satu terapi, tak pun satu cara untuk aku luahkan perasaan yang terbuku dalam jiwa aku ni dengan taip-post-delete status aku tu.

Semalam aku ada tengok satu video yang sangat meruntun hati aku, luluh, takut, berdebar, marah semua ada. Aku hanya dapat paste je description dari page Syria Care

Seorang wanita sunni, dirogol dan dicampakkan ditengah jalan raya. Sementara beberapa tentera FSA cuba menyelamatkan wanita ini yang masih lagi bernyawa. Dalam usahanya menyelamatkan wanita ini, beberapa kali Beliau terjatuh semasa mengelakkan diri daripada ditembak sniper Assad bersama wanita yang hampir separuh bogel dan dipenuhi luka angkara dipukul. Akhirnya, Beliau ditembak dan syahid (biiznillah).

Selepas 10 jam terbaring di jalanan, akhirnya wanita ini turut syahid (biiznillah)

Persoalan yang nyata:

Adakah sesiapa akan menulis berita yang terlalu dahsyat ini di blog-blog seperti ramai yang telah menulis tentang Abu Sakkar, seorang tentera FSA yang telah menggigit sedikit jantung tentera syiah assad yang telah pun mati??!

Atau jenayah ini akan dilupakan dan tenggelam seperti jenayah-jenayah yang lain?



Sampai macam tu sekali. Sedih. Aku rasa apa yang aku hadapi sekarang ni pun dasyat dah, tapi mereka kat sana, 1000 kali lebih dasyat dari aku kat sini..

حسبنا الله ونعم الوكيل . Aminn..