Jerebu

Hari ni cuti sebabnya jerebu dilaporkan semakin teruk. Kat rumah ni pun, macam orang bakar sampah je. Asap memanjang. Disebabkan hari ni cuti dan Detz berkursus di Port Dickson empat hari, maka sepanjang hari aku habiskan dengan tengok TV dan makan.

Tu je la kot untuk masa ni.

Dream big and dare to fail.


Ya, pipi aku dan badan aku memang dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Bencilah cenggini. Aku rasa motivasi aku nak kurus ni sangat rendah. Maybe sebab kadar metabolisma tak sepadan dengan jumlah makanan yang aku ambik lalu dia transfer lemak ke peha. Kalau dari belakang aku rasa macam lelaki aku punya struktur badan. HAHAHAHA.

Btw, aku dah pindah KL. Walau pada dasarnya aku dalam dua tapi aku dah cakap, setiap minggu aku akan balik kalau takde hal kat sekolah. Minggu ni tak dapat nak balik sebab hari ni hari tandatangan buku rekod.

Aku kembali bekerja di rangkaian yang sama macam di Terengganu. Bezanya, pengurusan yang lain dan gerak kerja pun lain. Memang sibuk gila. Tak pernah habis kerja, dah siap key in markah online, kena isi form, kena buat laporan. Semua benda ada fail dan buku. Aku kadang-kadang suka jugak dengan kesibukan ni. Bukan apa, kurang sikit masa nak fikir benda lain.

Cuma minggu pertama aku kat sini, aku berperang dengan perasaan sendiri. Nak berhenti kerja la la tu jugak. Jadi, untuk kurangkan sikit rasa tak sedap tu aku akan bercakap dengan mama setiap hari. Aku bukan boleh taip banyak-banyak pasal mama, sensitif dowh (ada sorang murid aku salu sebut dowh, hehe).


Cite benda lain pulak, hari tu aku godek handphone Detz, aku ni bukan ape HAHAHA okay la I ngaku la I salu stalk U punya phone and FB huahuahua. Tapi kan, aku tak pernah tahu pun ada mendalah ni. Aku baca tu, terus sebak dowh. Ke aku pernah baca dulu???? Aku lupa? Entahlah sebab tarikh Detz save tu dah lama dah. Aku pun amiklah gambar, nak print screen handphone aku tak reti. Padahal handphone murah je pun.





Ada lagi nak cerita, tapi lain kalilah. Dah pukul 3.26 a.m. See you soon. :)

Berat mata memandang..

Masalah ni dah bermula lama. Mungkin aku ada sifat "eh,betul ke aku buat ni?" "rasa macam over je". Lalu, selepas aku taip status dan post di FB, aku delete. Aku rasa macam tak selamat. Sesungguhnya dunia pun satu tempat yang tak selamat dah. Keganasan di mana-mana, hura-hura, umat Islam ditindas, aku naik bulu roma memikirkan.

Kisahnya aku delete status FB yang aku rasa macam mengundang rasa tak puas hati dari aku sendiri. Aku rasa macam satu terapi, tak pun satu cara untuk aku luahkan perasaan yang terbuku dalam jiwa aku ni dengan taip-post-delete status aku tu.

Semalam aku ada tengok satu video yang sangat meruntun hati aku, luluh, takut, berdebar, marah semua ada. Aku hanya dapat paste je description dari page Syria Care

Seorang wanita sunni, dirogol dan dicampakkan ditengah jalan raya. Sementara beberapa tentera FSA cuba menyelamatkan wanita ini yang masih lagi bernyawa. Dalam usahanya menyelamatkan wanita ini, beberapa kali Beliau terjatuh semasa mengelakkan diri daripada ditembak sniper Assad bersama wanita yang hampir separuh bogel dan dipenuhi luka angkara dipukul. Akhirnya, Beliau ditembak dan syahid (biiznillah).

Selepas 10 jam terbaring di jalanan, akhirnya wanita ini turut syahid (biiznillah)

Persoalan yang nyata:

Adakah sesiapa akan menulis berita yang terlalu dahsyat ini di blog-blog seperti ramai yang telah menulis tentang Abu Sakkar, seorang tentera FSA yang telah menggigit sedikit jantung tentera syiah assad yang telah pun mati??!

Atau jenayah ini akan dilupakan dan tenggelam seperti jenayah-jenayah yang lain?



Sampai macam tu sekali. Sedih. Aku rasa apa yang aku hadapi sekarang ni pun dasyat dah, tapi mereka kat sana, 1000 kali lebih dasyat dari aku kat sini..

حسبنا الله ونعم الوكيل . Aminn..

Pengalaman berharga

Aku tak tahu nak klasifikasikan masalah aku ni sebagai apa. Aku tak tahu jugak yang ini memang terjadi pada orang lain atau aku sahaja. Aku tahu, ada certain benda jadi dan berlalu dengan mudah, tapi ada satu bab aku rasa macam nak tumbuk semua orang yang bikin onar pada diri aku yang banyak mengalah dan cuba sedaya upaya nak memudahkan urusan mereka.

Aku tak bacalah kau ada duit banyak pun kalau budi bicara kau out gila. Kesian dowh. Ni masuk kali ketiga dan aku harap ini yang terakhir.