Emosi

Aku, bila bercakap pasal masa lalu, aku akan lebih-lebih dalam bercerita. Kemudian aku menyesal dan minta maaf balik kat Detz. Aku tahu dia berusaha, cuma mungkin belum masanya lagi. Aku suka dengar Detz cerita macam mana dia dapatkan nombor aku dulu.

Dalam kelas dia dulu, ada sorang kawan Detz satu sekolah dengan aku. Budak tu aku akui dari Form 4 suka aku since aku kan comel dan KURUS. Wahaha. Agak perasan di situ. Gurau sajo deh. Detz tak cerita masa tu sem berapa, yang Detz cerita dia tanya budak tu siapa aku dan budak tu cakap aku makwe dia. Selang beberapa lama, Detz tanya lagi apa hubungan budak tu dengan aku. Budak tu cakap, dah takde ape-ape yang bermaksud aku dan budak tu ke arah mufarokoh yakni tak contact sangat kata Detz. Dari situ, Detz cakap "meh la nombor dia". Budak tu bagi dan Detz cakap "dari situlah saya mengaturkan langkah dan kekal sampai sekarang. Hebakk tak saya?"

Aku pun gelak dengan nada separa gedik sebab suka la katakan. Lalu aku cakap "kenape awak suka saya ye, dulu tak kurus jugak pun. Besar dari awak" Detz menjawab "dulu awak kurus, masa awak pakai baju kurung koko tu nampak kurus je. Baju kurung hijau muda. Ce kalau bagi pakai sekarang, tetas benang saya rasa hehehehe"

Sungguh tidak bertamadun sinisnya. Nampaknya, aku kena kurus. Walaupun gelap pandangan maya ni. Aduhai. Detz ni selalu takde perasaan dan pemalas bab bercerita. Hari ni rajin la pulak. Mari angin celah mana tak tau..

Daa.