Kawan sejak 2004

SMS

Aku hantar : 

Salam wes! Selamat hari lahir yang ke-126 untuk ang. Semoga ang senantiasa bahagia, awet muda dan kehidupan ang diberkati serta dirahmati Allah. Walaupun ang jauh di mata aicewah! Malas dah aku nak sambung. Happy sokmo la nohh..

Dia balas :

Huih..Ingat lagi ang no kat aku, ingatkan lupa dah. Terima kasih la weh. Ang bila lagi nak kawen? Jangan sampai aku yang sambaq ang nanti. Dah la aku ada 3 lagi kosong ni, hakhakhakhak..


HAHAHAHA. Jenis tak buleh blah dari dulu lagi.

Tak sikit.

Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran. Setelah dua tahun hidup dalam mendung kelabu, ribut petir segala, tahun 2013 ni aku tengok dan perhatikan, setakat ni Allah permudahkan beberapa jalan untuk kami sekeluarga. Walaupun bukan dari segi material, tapi dari segi keadaan, orang sekeliling dan beberapa hal lagi.

Cuma mungkin ada sesetengah hal, aku masih tidak mampu nak jernihkan. Maklumlah, kita nak deal dengan manusia ye dak.. Bukan benda yang takde perasaan. Taip masa mengantuk memang macam ni. Nanti aku taip lagi.

Terima kasih.

Penat


Penat sebenarnya nak kurus ni. Hmmmm.





Huahuahua.. Rasa nak makan semuaaaa baq angg~!!

Suka dan Duka


Kalau aku suka bila cerita pasal Detz, bermakna aku sedang sarat menyembunyikan masalah keluarga aku. Menyampah. Adik aku yang lepas SPM tak boleh ambil result dia sebab dia tak hantar buku teks. Masa kitorang pindah rumah, dia tak ambil cakna pasal buku-buku dia. Aku tak tau dah nak komen ape.

Emosi

Aku, bila bercakap pasal masa lalu, aku akan lebih-lebih dalam bercerita. Kemudian aku menyesal dan minta maaf balik kat Detz. Aku tahu dia berusaha, cuma mungkin belum masanya lagi. Aku suka dengar Detz cerita macam mana dia dapatkan nombor aku dulu.

Dalam kelas dia dulu, ada sorang kawan Detz satu sekolah dengan aku. Budak tu aku akui dari Form 4 suka aku since aku kan comel dan KURUS. Wahaha. Agak perasan di situ. Gurau sajo deh. Detz tak cerita masa tu sem berapa, yang Detz cerita dia tanya budak tu siapa aku dan budak tu cakap aku makwe dia. Selang beberapa lama, Detz tanya lagi apa hubungan budak tu dengan aku. Budak tu cakap, dah takde ape-ape yang bermaksud aku dan budak tu ke arah mufarokoh yakni tak contact sangat kata Detz. Dari situ, Detz cakap "meh la nombor dia". Budak tu bagi dan Detz cakap "dari situlah saya mengaturkan langkah dan kekal sampai sekarang. Hebakk tak saya?"

Aku pun gelak dengan nada separa gedik sebab suka la katakan. Lalu aku cakap "kenape awak suka saya ye, dulu tak kurus jugak pun. Besar dari awak" Detz menjawab "dulu awak kurus, masa awak pakai baju kurung koko tu nampak kurus je. Baju kurung hijau muda. Ce kalau bagi pakai sekarang, tetas benang saya rasa hehehehe"

Sungguh tidak bertamadun sinisnya. Nampaknya, aku kena kurus. Walaupun gelap pandangan maya ni. Aduhai. Detz ni selalu takde perasaan dan pemalas bab bercerita. Hari ni rajin la pulak. Mari angin celah mana tak tau..

Daa.

Aku kena taip kat sini sebagai rujukan.


Detz nak berat aku  45 kg sebelum kahwin. HAHAHA. Sangat dramatis okeh. Berat aku sangat sadis sekarang. Wuwuwuwuwuwwwuuu..

Rangka kerja bermula..



perlu bermula dan pasti akan bermula.. Will update soon. Itu pun kalau ahkak hengattt.. Ahak ahak ahakkk...

Car Boot Sale

First time aku join mendalah ni. Sebab ada tempat kosong kes orang tak datang. Aku celah masuklah lepas orang sebelah kate "masuklah, takpe" Hehehe. Aku sebenarnya boleh dikira pembeli tegar kat sana tapi lama dah tak pegi lepas hujung tahun lepas asyik hujan + Detz dah tak join sebab dah kerja.

TAPI, LUPA AMIK GAMBAR!!

Ngee. Aku jual preloved items aku jelah. Kecil-kecilan. Hehe. Tu je, saje nak catat kat sini.

Nak aku tepet gambar dari blog orang lain. Hehehe..


credit to : 


Kalau kira kena bayar yurang bulanan, tapi sebab tadi aku tumpang je. Dia pun tak mai kutip duit kat aku. Hehehe. Seronok, tapi tapi tapi aku lupa bawak plastik. Malu gila aku. Aku syak mesti ada suara halus mengata kat aku nak save cost. Sorry. Daah, itu sahaja..

...



tido dulu, esok-esok aku cerita..