Rumah dan mesin basuh.


Kalau ikut hormon gatal semulajadi aku bila cakap pasal Detz, aku akan terlebih excited bila bercakap pasal masa depan. Ye la kan, 7 tahun bukan 2 tahun bukan 4 tahun tapi 7 tahun. Tapi kalau orang lain yang sepuluh tahun tu, aku tabik spring la kan sebab aku yang 7 tahun ni bila aku fikir kalau ada anak mungkin anak aku dah masuk umur lebih kurang 5 tahun, kalau jenis subur maybe masuk darjah satu la kot wkwkwkwkwk..

Bulan ni Detz dah masuk rumah sewa persendirian. Maksudnya, beliau tidak lagi menyewa bilik. Dan masa aku jumpa beliau minggu lepas beliau cakap beliau dah beli mesin basuh. Aku mula masuk bab angan-angan walaupun semua tu belum jadi hak milik aku yang agak pe-ma-las ini. Walaupun beliau senyap dan kalau aku bergurau beliau macam tak layan pastu pulak nampak dia macam tak hirau orang je, tapi bab pengurusan wang Detz memang terbaik. Kadang-kadang plan kemain gempak, tapi duit tarak hohoho.

Okay tu je la aku nak cerita. Dah berbaik kamm, so ade r cite.. Ngeh3..