Mimpi.


Selalunya mimpi aku relate dengan apa yang aku buat, dengar atau lihat sebelum tidur. Nak dijadikan cerita, sebelum tidur, layan lagu-lagu dalam Youtube. Aku dengar Amalia Alias, Katy Perry, Fynn Jamal dan lain-lain.

Entahnya, dalam banyak-banyak lagu yang aku dengar. Akak Fynn Jamal jugak yang terpilih masuk mimpi aku. Hahahaha. Terpilih macam masuk carta la pulak. Kesnya, aku dok layan lagu Over. Walaupun tak masuk akal, at least dalam mimpi tu aku berupaya la sampai ke Kazakhstan. Kitorang pergi mendaki gunung yang masih bersalji tanpa membawa Juna bersama. Dalam mimpi tu macam aku ni anak beranak diorang pulak. Masa nak naik gunung tu, krem kaki bila turun Bro Tri ajak gelongsor je. Pastu, Akak Fynn Jamal merajuk sebab dah lama tinggal Juna. So kitorang balik. Lalu aku dan Akak Fynn masuk dapur sebab nak masak.

Untuk orang yang jarang nak masuk dapur, mimpi masuk dapur adalah sangat rare dan paling epic bagi aku. Lepas masuk dapur aku dah tak ingat scene dia apa. Pagi tadi aku ingat je. Ni tak ingat dah. Langsung Detz tak masuk mimpi aku semalam. Dahlah aku merajuk dengan dia. Bukan ape, banyak bebenor alasannya.

Sekian, Wassalam.