Kawan Maya Tersayang

Aku kenal dia sekitar 2009 atau 2010 tak silap aku. Biasalah di usia yang semakin lanjut aku cepat lupa. Aku tahu tentang dia seratus peratus melalui blog. Seorang insan yang aku tak pernah bertentang mata. Semuanya bermula melalui blog kemudian Formspring, email, sms dan sekarang WhatsApp.

Aku dan dia berkongsi satu ruang rasa menghadapi masalah. Mempunyai masalah dan dalam masa yang sama perlu mengharungi hidup bukanlah satu jalan yang mudah. Tapi aku tengok dia cuba sedaya upaya untuk hadapi semua tu. Seriously. Aku pernah menangis sedu sedan baca email dia kala memberi nasihat. Aku juga pernah sebak dan sesak dalam dada tahan sendu kala baca butir-butir dalam tulisan dia. Dia, bagi aku cukup istimewa.

Hingga kadang-kadang timbul rasa rindu bila dah terlalu lama tidak berhubung. Aku rasa macam gila bayang pun ada walaupun hingga kini aku tak pernah sekali pun bertentangan mata dengan dia. Untuk perempuan yang hanya ada kawan tak cukup sebelah tangan macam aku, aku kira kehadiran dia sangat bermakna bagi aku.

Otai dalam make up, skin care, Google bergerak dan cantik gilaaaaaaaaaa. Aku dah tak de ayat dah nak describe dia weh.



I miss you, Aina. :)