Mimpi.


Selalunya mimpi aku relate dengan apa yang aku buat, dengar atau lihat sebelum tidur. Nak dijadikan cerita, sebelum tidur, layan lagu-lagu dalam Youtube. Aku dengar Amalia Alias, Katy Perry, Fynn Jamal dan lain-lain.

Entahnya, dalam banyak-banyak lagu yang aku dengar. Akak Fynn Jamal jugak yang terpilih masuk mimpi aku. Hahahaha. Terpilih macam masuk carta la pulak. Kesnya, aku dok layan lagu Over. Walaupun tak masuk akal, at least dalam mimpi tu aku berupaya la sampai ke Kazakhstan. Kitorang pergi mendaki gunung yang masih bersalji tanpa membawa Juna bersama. Dalam mimpi tu macam aku ni anak beranak diorang pulak. Masa nak naik gunung tu, krem kaki bila turun Bro Tri ajak gelongsor je. Pastu, Akak Fynn Jamal merajuk sebab dah lama tinggal Juna. So kitorang balik. Lalu aku dan Akak Fynn masuk dapur sebab nak masak.

Untuk orang yang jarang nak masuk dapur, mimpi masuk dapur adalah sangat rare dan paling epic bagi aku. Lepas masuk dapur aku dah tak ingat scene dia apa. Pagi tadi aku ingat je. Ni tak ingat dah. Langsung Detz tak masuk mimpi aku semalam. Dahlah aku merajuk dengan dia. Bukan ape, banyak bebenor alasannya.

Sekian, Wassalam.

Celcom Broadband

Setelah hampir tiga tahun aku setia kat hang, hang buat taik kat aku awal tahun baru ni noo. Tak pasai-pasai aku kena bayaq RM68 untuk 4gb. Selama ni aku duk bayaq RM68 untuk 5gb hang tau. Aku call centre hang cakap Owner yang tukar quota, aku suh Owner sendiri call, hang cakap memang asai-asai dah 4gb. Aku tanya kat booth Celcom, cakap lagu tu jugak. Habeh, aku yang bertuah dapat 5gb untuk RM68?? Aku nak suh bakal laki aku tu terminate hang dan aku nak ambil MAXIS BROADBAND yang RM68 tapi 8gb tu.

Tunggu hang hujung bulan ni. Puiii!!! PUUUUUUUUUUUIIIIIIIIIIIIIIII!!!


*update: gila typo sebab taip dalam keadaan marah*

Kawan Maya Tersayang

Aku kenal dia sekitar 2009 atau 2010 tak silap aku. Biasalah di usia yang semakin lanjut aku cepat lupa. Aku tahu tentang dia seratus peratus melalui blog. Seorang insan yang aku tak pernah bertentang mata. Semuanya bermula melalui blog kemudian Formspring, email, sms dan sekarang WhatsApp.

Aku dan dia berkongsi satu ruang rasa menghadapi masalah. Mempunyai masalah dan dalam masa yang sama perlu mengharungi hidup bukanlah satu jalan yang mudah. Tapi aku tengok dia cuba sedaya upaya untuk hadapi semua tu. Seriously. Aku pernah menangis sedu sedan baca email dia kala memberi nasihat. Aku juga pernah sebak dan sesak dalam dada tahan sendu kala baca butir-butir dalam tulisan dia. Dia, bagi aku cukup istimewa.

Hingga kadang-kadang timbul rasa rindu bila dah terlalu lama tidak berhubung. Aku rasa macam gila bayang pun ada walaupun hingga kini aku tak pernah sekali pun bertentangan mata dengan dia. Untuk perempuan yang hanya ada kawan tak cukup sebelah tangan macam aku, aku kira kehadiran dia sangat bermakna bagi aku.

Otai dalam make up, skin care, Google bergerak dan cantik gilaaaaaaaaaa. Aku dah tak de ayat dah nak describe dia weh.



I miss you, Aina. :)

Sejak akhir-akhir ini


Detz asyik mudah terasa hati. Menyampah aku.

Pening..


Ada satu hal, yang kalau aku cakap dengan Detz akan mengundang pergaduhan. Tapi esoknya aku akan buat tak tahu call je dia. Tapi, minggu ni aku jarang cakap-cakap dengan dia sebab dia dah pasang Astro kan kat umah dia. Kemaruk dapat tengok tv la kot sebab dah berbulan tak boleh nak tengok fevret channel kes takde tv. Nampak sangat dia call aku sebab dia bosan. Huahuahua. Tapi aku tak kisah sangat sebabnya.. Sebabnya rahsia. Wiwiwiwiwiwi..

1st time

Aku memang takde perasaan sangat nak jaga binatang ni. Tapi ni kali kedua arnab yang Oya namakan Bayu dan Luna ni beranak. Kali pertama hari tu semua mati. Kali kedua ni, sebab si Luna tak pandai nak susukan, aku dan mama yang sibuk-sibuk tolong kangkangkan si Luna dan susukan 5 ekor anak dia. Geram tau sebab comel sangat. Hehehehe..

Rumah dan mesin basuh.


Kalau ikut hormon gatal semulajadi aku bila cakap pasal Detz, aku akan terlebih excited bila bercakap pasal masa depan. Ye la kan, 7 tahun bukan 2 tahun bukan 4 tahun tapi 7 tahun. Tapi kalau orang lain yang sepuluh tahun tu, aku tabik spring la kan sebab aku yang 7 tahun ni bila aku fikir kalau ada anak mungkin anak aku dah masuk umur lebih kurang 5 tahun, kalau jenis subur maybe masuk darjah satu la kot wkwkwkwkwk..

Bulan ni Detz dah masuk rumah sewa persendirian. Maksudnya, beliau tidak lagi menyewa bilik. Dan masa aku jumpa beliau minggu lepas beliau cakap beliau dah beli mesin basuh. Aku mula masuk bab angan-angan walaupun semua tu belum jadi hak milik aku yang agak pe-ma-las ini. Walaupun beliau senyap dan kalau aku bergurau beliau macam tak layan pastu pulak nampak dia macam tak hirau orang je, tapi bab pengurusan wang Detz memang terbaik. Kadang-kadang plan kemain gempak, tapi duit tarak hohoho.

Okay tu je la aku nak cerita. Dah berbaik kamm, so ade r cite.. Ngeh3..