WIRA

Dulu masa zaman aku baru kenal internet, aku suka masuk dalam satu forum ni. Forum satu group nasyid. Masa tu, aku single and always available kata orang putih. Aku ada kenal satu mamat ni nama dia Wira, tapi nama je la Wira namun beliau menjadi mangsa buli kat sekolah menengah tu. Badan besar, kulit gelap. Seingat aku dia tinggal kat Pahang. Masa tu aku tak terbayang rupa dia macam mana, tapi petang ni bila dibayangkan, rasa nak amik pemadam untuk sapu pulak. Huahuahua..

Duk saje-saje petang hari ni, aku tiba-tiba teringat kat dia. Mungkin dia dah selamat kahwin sekarang since dia tua beberapa tahun dengan aku. Mungkin dia dah jadi usahawan yang berjaya kat Malaysia. Mungkin dia  sebenarnya adalah Datuk Wira Ali Rustam. Errrrrrr...