Tulang hitam beliau.

Ye, semalam untuk kali pertama aku izinkan adik aku bawak kereta kesayangan aku setelah lama sangat dia teringin nak bawak. Amiklah ole-ole yang dia kasi yang aku hanya tahu keesokan harinya.

Disogoknya RM2 kepada Oya untuk tutup mulut. Tutup mulut bukan boleh kasi kurang calar yang banyak itu. Bukan setakat calar tapi nampak tulang hitam beliau. Oh bumper depan. Ohhhh... Pergi kedai sembur kereta, cina tu cakap "Ini kaler kita tadak. Pergi itu Perodua terus. Dia mesti ada" Amik lagikan warna susah nak dapat ni. Oh, kalau mahu kena sembur semua satu bumper RM300. Ohhh, duit. Dah lah sejak dua bulan ni aku catu segala jenis mak nenek barang kegemaran. Sebab nak simpan duit dan sebab nak bayar roadtax bulan depan. OHHHHHH~~

Oh adik.. Rasa nak sepak terajang je moto baru kau tu.