Meroyan

Aku tak dapat nak tahan nafsu aku. Nafsu untuk contact Detz tapi setakat aku menaip ni, aku masih lagi tak ambik phone dan tekan dial. Aku rasa ni yang paling lama sejak kitorang ahem, ada satu ikatan yang membawa ke satu ikatan yang sah. Dan punyalah kan tak contact lama sampai mak aku pun naik risau. Boleh dia cakap "masing-masing nak jadi bisu dan pekak dah ke?" Tapi. Tapi. Errr entahlah.

Beberapa minggu lepas aku asyik highlight yang aku kalau ketawa, dengan dia je la aku rasa ketawa paling ikhlas. Sampai dia cakap "luga saye dengo ayat tu". 

Fine, aku rindu Detz. Huuu. Walau dia annoying gila bila bercakap siap kadang-kadang panggil aku ikut suka dia je, tapi aku tetap suka. Sampai aku macam tak sedar dah 7 tahun kitorang berkawan.

Okay lah, daripada aku terus meroyan kat sini ada baiknya aku pegi mandi. Bukan ape, selalunya aku tak sempat nak fikir sebab aku sibuk. Petang ni, macam takde keje sangat kan so aku akan fikir Detz je la.