Hari ni hari jumaat u'olls


Aku masih gundah-gulana. Musim hujan sudah beransur pergi tapi aku tidak rasa hendak berjogging. Apakah yang sedang mengganggu dalam hatiku. Ahh, sungguh susah untuk aku terangkan. Sesusah nak tekan huruf S kat keyboard ni. Laptop pun dah mula tunjuk protes sebab dari 2008 lagi aku guna. Masih ber Window Vista u'olls. Rasa sangat tak up-to-date. Microsoft pun kira mujur la 2007. Kalau 2003, haru jugak.

Macam mana ni, tak rasa apa-apa. Makan pun kurang, walaupun pagi tadi bedal roti Paratha cicah susu sebiji. Semalam makan dua mangkuk Laici-Kang. Rasa nak demam. Tekak pun perit ni haa.. Oh...