Dah mula dah.


Sesi persekolahan sesi 2013. Tahun ni aku tidak lagi menjadi guru kelas sebab aku secara rasminya telah dilantik menjadi S/U Ko-Kurikulum. Nampak sangat nak suruh aku kurus. HAHA.

Tadi kawan aku dengar aku bersembang dengan Detz. Detz ni la hegeh sangat tau nak beli botol air pun call aku. Nak BPA FREE macam yang aku suruh. Pastu buat confuse pulak nak yang mana last-last tak beli jugak.

"HAHAHAHA, amboiiii nak beli botol air je pun"

Gelak kawan aku. Detz ni kalau bab barang-barang memang dia suruh aku buat keputusan. Ace kalau aku tolong buat keputusan tentang Bundle, Ebay, Mudah.my, sugar cane, sila jangan harap dia akan dengar keputusan aku. Hatta, masa tengah drive duk toleh kiri kanan takut terlepas kedai bundle. Herrr.

Btw, sejak akhir-akhir ni asyik cerita pasal Detz je kan. Nak buat macam mana, tak de cerita lain. Hehe.

Omey syangat..