24 hari



Ye la tu, setelah 24 hari aku jugak yang mengalah sebabnya tak tahan den menanggung kerinduan. Masa aku call elok je cakap, eeee egonya dirimu, nak call pun jadi malas. Ni mesti kes bosan dah asyik mengalah ni huahuahua. Done-done lepas tu sms tanya "mari ganu x?" Tak tahu pulak aku dia amik cuti sampai seminggu. Dan aku sendiri pun last jumpa dia 14 Disember lepas. Hesh. Aku tanya bila, dia buleh cakap tak tahu. Saje letew. Aku rasa dalam nak masuk 7 tahun aku kenal dia, ni la yang paling lama kitorang tak contact. Benci betul bila aku kena mengalah. Kalau jadi laki aku, nak merajuk-merajuk macam ni aku tak kasi keluar bilik. HAHAHAHA.


p/s : Masa dia hantar sms, aku rasa macam dia baru nak ngorat aku. Gewdiwk shangat tewww..

Beres

Cepat dan pantas. Itulah ibaratnya. Kereta aku yang calar yang aku tak amik gambar sebelum dia disembur (pffftttttt) telah selamat menjadi baru ibarat tiada cela. Walaupun kelihatan berbeda dengan body aku tak kisah sangat sebabnya 20% je lain. Aku ingat nanti ada duit (kalau ada duit lebih) aku nak polish satu kereta. Tapi, aku kena fikir bulan depan mana nak cekau duit nak bayar insuran dan roadtax. Uuuuuooooohhh...




*Darlingku jangan kau persoalkan siapa di hatiku, terukir di roadtax tak mungkin pudar kasihku padamu*
Versi Aizun Umpan.


Tulang hitam beliau.

Ye, semalam untuk kali pertama aku izinkan adik aku bawak kereta kesayangan aku setelah lama sangat dia teringin nak bawak. Amiklah ole-ole yang dia kasi yang aku hanya tahu keesokan harinya.

Disogoknya RM2 kepada Oya untuk tutup mulut. Tutup mulut bukan boleh kasi kurang calar yang banyak itu. Bukan setakat calar tapi nampak tulang hitam beliau. Oh bumper depan. Ohhhh... Pergi kedai sembur kereta, cina tu cakap "Ini kaler kita tadak. Pergi itu Perodua terus. Dia mesti ada" Amik lagikan warna susah nak dapat ni. Oh, kalau mahu kena sembur semua satu bumper RM300. Ohhh, duit. Dah lah sejak dua bulan ni aku catu segala jenis mak nenek barang kegemaran. Sebab nak simpan duit dan sebab nak bayar roadtax bulan depan. OHHHHHH~~

Oh adik.. Rasa nak sepak terajang je moto baru kau tu.

Hari ni hari jumaat u'olls


Aku masih gundah-gulana. Musim hujan sudah beransur pergi tapi aku tidak rasa hendak berjogging. Apakah yang sedang mengganggu dalam hatiku. Ahh, sungguh susah untuk aku terangkan. Sesusah nak tekan huruf S kat keyboard ni. Laptop pun dah mula tunjuk protes sebab dari 2008 lagi aku guna. Masih ber Window Vista u'olls. Rasa sangat tak up-to-date. Microsoft pun kira mujur la 2007. Kalau 2003, haru jugak.

Macam mana ni, tak rasa apa-apa. Makan pun kurang, walaupun pagi tadi bedal roti Paratha cicah susu sebiji. Semalam makan dua mangkuk Laici-Kang. Rasa nak demam. Tekak pun perit ni haa.. Oh...

Sebab aku frust gila, so aku update dua kali hari ni.












WIRA

Dulu masa zaman aku baru kenal internet, aku suka masuk dalam satu forum ni. Forum satu group nasyid. Masa tu, aku single and always available kata orang putih. Aku ada kenal satu mamat ni nama dia Wira, tapi nama je la Wira namun beliau menjadi mangsa buli kat sekolah menengah tu. Badan besar, kulit gelap. Seingat aku dia tinggal kat Pahang. Masa tu aku tak terbayang rupa dia macam mana, tapi petang ni bila dibayangkan, rasa nak amik pemadam untuk sapu pulak. Huahuahua..

Duk saje-saje petang hari ni, aku tiba-tiba teringat kat dia. Mungkin dia dah selamat kahwin sekarang since dia tua beberapa tahun dengan aku. Mungkin dia dah jadi usahawan yang berjaya kat Malaysia. Mungkin dia  sebenarnya adalah Datuk Wira Ali Rustam. Errrrrrr...

Terhalang #2

Pelik, buka blog laju kemain. Buka FB asyik no network. Ape daaa.

Mood : Resah ku gelisah, hati berdebar tak menentu.

Meroyan

Aku tak dapat nak tahan nafsu aku. Nafsu untuk contact Detz tapi setakat aku menaip ni, aku masih lagi tak ambik phone dan tekan dial. Aku rasa ni yang paling lama sejak kitorang ahem, ada satu ikatan yang membawa ke satu ikatan yang sah. Dan punyalah kan tak contact lama sampai mak aku pun naik risau. Boleh dia cakap "masing-masing nak jadi bisu dan pekak dah ke?" Tapi. Tapi. Errr entahlah.

Beberapa minggu lepas aku asyik highlight yang aku kalau ketawa, dengan dia je la aku rasa ketawa paling ikhlas. Sampai dia cakap "luga saye dengo ayat tu". 

Fine, aku rindu Detz. Huuu. Walau dia annoying gila bila bercakap siap kadang-kadang panggil aku ikut suka dia je, tapi aku tetap suka. Sampai aku macam tak sedar dah 7 tahun kitorang berkawan.

Okay lah, daripada aku terus meroyan kat sini ada baiknya aku pegi mandi. Bukan ape, selalunya aku tak sempat nak fikir sebab aku sibuk. Petang ni, macam takde keje sangat kan so aku akan fikir Detz je la.

Terhalang

Aku ada taip satu entry tengah hari tadi. Punyalah rancak aku mengumpat si Detz gara-gara kitorang tak contact sekarang kan. Tapi bila time nak publish, tetiba Broadband ni ter' disconnected bak ang, tak leh nak connect. Pastu aku tak leh save tapi aku boleh je copy-paste simpan kat mana-mana cuma aku tak nak. Aku anggap pengumpatan aku terhadap Detz dah lepas dan sepatutnya tidak di'publish.

=P

18/01/2013





BORING !!

Serabut.

Tak suka sangat dengan keadaan sekarang. Lebih tepat sekali, aku jarang nak enjoy apa yang aku buat sekarang ni. Entah di mana silapnya. Aku sedih, aku serabut, aku bosan dan segala-galanya yang -ve.

Jadi,
bila aku dengar lagu sedih, dengan tak semena aku akan bawak diri aku masuk dalam lagu tu.


Tingkat 3

Nampak sangat stamina aku tak kuat, mengah weh kena duduk kat bilik mesyuarat di tingkat 3 buat sementara waktu sebab nak renovate bilik guru. Kadang-kadang kelas di tingkat 1 lepas tu kelas kat tingkat 3 pulak. Oh-

Adalah dalam sebulan lebih jugak macam ni. Hmm. Penat.

Penat.

Laser

Aney : Ingat nak gi cuci rambut la.

Abub : Cuci kat mana?

Aney : La, cuci kat saloon la.

Abub : Kenape? Dah tak pandai cuci rambut sendiri dah sekarang?

Aney : T_______________T


Dah mula dah.


Sesi persekolahan sesi 2013. Tahun ni aku tidak lagi menjadi guru kelas sebab aku secara rasminya telah dilantik menjadi S/U Ko-Kurikulum. Nampak sangat nak suruh aku kurus. HAHA.

Tadi kawan aku dengar aku bersembang dengan Detz. Detz ni la hegeh sangat tau nak beli botol air pun call aku. Nak BPA FREE macam yang aku suruh. Pastu buat confuse pulak nak yang mana last-last tak beli jugak.

"HAHAHAHA, amboiiii nak beli botol air je pun"

Gelak kawan aku. Detz ni kalau bab barang-barang memang dia suruh aku buat keputusan. Ace kalau aku tolong buat keputusan tentang Bundle, Ebay, Mudah.my, sugar cane, sila jangan harap dia akan dengar keputusan aku. Hatta, masa tengah drive duk toleh kiri kanan takut terlepas kedai bundle. Herrr.

Btw, sejak akhir-akhir ni asyik cerita pasal Detz je kan. Nak buat macam mana, tak de cerita lain. Hehe.

Omey syangat..