LDR

Sejak Detz habis belajar bulan 5 hari tu, aku dah bersedia untuk ber-LDR dengan Detz. Dah boleh agak yang kami mungkin boleh jumpa paling banyak pun sebulan sekali je. Dan memang itu pun yang berlaku.

Setalah Detz posting bulan 11 hari tu pun, kami meneruskan tradisi LDR. Aku macam, okay laaa jugak. Tak macam masa baru habis Uni dulu. Nak meroyan jugaklah bila lama sangat tak dapat jumpa, nak-nak masa Detz masuk belajar balik tahun 2009, aku nun kat Kerteh Detz kat Bachok. Aku rasa, Detz akan jumpa anak ayam stok badan kerengga compare dengan aku stok buah pear ranum. Eh nak jugak ranum.

DAAAAAAAAAAAAAAAAANNN, situasi itu masih tidak berubah sampai ke saat ini. Walaupun baru dua bulan Detz bekerja, aku dan Detz masih begini. Tiada apa yang berubah. Dan mungkin kepercayaan aku pada Detz dah jadi 59%. Ye la, dulu aku percaya kat dia dalam 15% je. Sebab masa masing-masing perasan muda mana tahu kenal-dating-curang dengan orang lain.

Bila aku berbual dengan Detz benda-benda macam ni, Detz cakap "saya dah tua untuk berkenal-kenalan, lagi pulak saya bukan jenis nak tegur orang dulu" Aku pun cakap "awak tua ke muda ke, awak tetap lelaki" Pastu Detz pun balas "Ni saya malas explain ape-ape kat awak, sebab awak akan membebel"

HAHAHA.

K,fine. Tu je la yang Detz tahu. Setiap percakapan aku tu bagi dia adalah membebel. Tapi kawan aku cakap walaupun Detz kategorikan aku ni sebagai "suka membebel" Detz tetap jugak akan call aku dan dengar aku cerita pumpang-pumpang. Dan bila aku senyap, Detz mesti akan tanya kenapa aku senyap.

Entry sebelum ni aku ada cerita yang aku gaduh dengan Detz. Cukup 3 hari aku call Detz.

"Hello.."

"Hello.."

"Buat ape tu?"

"Duk saje je"

"Kenape awak tak call saya?"

"Dah... Puas dah ke?"

"Haa la, saya tak tahan awak tahu tak. Tak tahan tak dapat bercerita. HAHAHAHA.."

*bunyi cengkerik*

Dia senyap buleh bila aku cakap macam tu. Esoknya, kitorang pun macam biasa dah. Sesungguhnya, lepas kitorang tunang bulan 10 hari tu, aku tak pernah bilang berapa lama dah kitorang tunang. Dan masa aku nak taip no 10 tu aku berhenti kejap sebab nak recall balik bulan berapa. Huahuahua. Aku memang lemah dan kurang suka bermain dengan nombor.

Ish.

Tu je la.

Random #5

- Serabut sangat...............................................