Jerawatss

Berminggu-minggu aku runsing akan muka aku. Muka yang dah lama tidak dihinggapi jerawat tiba-tiba lanco je naik jerawat. Akan tetapi berbeza dengan sebelum-sebelum ini. Kali ini jerawat naik di sekitar pipi kiri dan rahang belah kiri. Sakit hati dan jiwa bila yang ni surut sudah, naik yang lain di sebelahnya. Stress sangat. Tambah stress kalau Detz tegur. Biasalah I.

Beli ubat jerawat sudah, buat corong resdung sudah sebab ingatkan resdung kembali, guna pre-cleansing sudah in case make masih tertinggal kat muka. Semua dah cuba. Tempek bedak sejuk pun sudah tapi masih tidak berkesan.

Beberapa hari ni, aku jalankan sedikit eksperimen. Aku cuba ubah kedudukan aku semasa menghadap laptop. Selalunya kalau aku tak duduk di meja aku akan letak laptop atas katil dan aku meniarap. Aku tungkat muka aku dengan tangan kiri dan sudah tentu bertungkat di pipi kiri. Aku kira ini penyebab sebab sudah tiada alat make up dan skin care yang boleh aku kambing hitamkan untuk masalah ini.

Hari ini, aku lihat jerawat makin kurang. Kalau aku nak bertungkat pipi pun aku lapik tangan aku dengan tuala kecil. Nah! Jerawat makin surut dan di rahang pun makin mengering. Adakah ini tandanya tangan aku penuh bakteria? Dan bak kata Detz yang muka aku ni berat sangat sampai kena ada tongkat. Hahaha.

Padahal aku selalu sanitize tangan aku kot. Herrrrr.


Nak update pasal abang Detz kawen, tapi tunggu dulu lah. Heee =D