Perumpamaan


Bukit kalau ditarah pun akan rata, apatah lagi duit simpanan.

Roti bila sampai tarikh dia expired akan berkulat, apatah lagi kereta yang dah setahun mula keluar bunyi aneh tapi tak tahu mana punca sebab tahu bawak je.

Baby kalau hari-hari jamu susu dan makanan akan membesar dengan pesat, yang dah tua ni apatah lagi. Menggeleberlah isinya.

Yang terang-terang nampak jahat dan nakal ni pun buat kesalahan orang kata, yang pakai tudung labuh tapi tak bulat kalau buat salah pun orang kata jugak.

Banyak cakap banyaklah salahnya, jadi diamlah. Tak reti-reti?

Orang yang 2 tahun bercinta pun kadang-kadang bosan, orang yang 6 tahun apatah lagi. Senyap seminggu tu sebenarnya nak suruh awak rindu je. Tapi, rindu ke?

Mesin kalau guna hari-hari pun rosaklah ia, anggota badan gitulah jugak kot. Paksa bawak bebanan berat. Patahlah ia.

Orang yang banyak kerja tapi asyik menghadap laptop, ibarat makan gaji buta. Kerja asyik bertangguh. Bila nak siap tak tahulah. Tak terfikir nak buka My Documents ke cik kak?
*Eh, cakap kat sape ni?