LDR

Sejak Detz habis belajar bulan 5 hari tu, aku dah bersedia untuk ber-LDR dengan Detz. Dah boleh agak yang kami mungkin boleh jumpa paling banyak pun sebulan sekali je. Dan memang itu pun yang berlaku.

Setalah Detz posting bulan 11 hari tu pun, kami meneruskan tradisi LDR. Aku macam, okay laaa jugak. Tak macam masa baru habis Uni dulu. Nak meroyan jugaklah bila lama sangat tak dapat jumpa, nak-nak masa Detz masuk belajar balik tahun 2009, aku nun kat Kerteh Detz kat Bachok. Aku rasa, Detz akan jumpa anak ayam stok badan kerengga compare dengan aku stok buah pear ranum. Eh nak jugak ranum.

DAAAAAAAAAAAAAAAAANNN, situasi itu masih tidak berubah sampai ke saat ini. Walaupun baru dua bulan Detz bekerja, aku dan Detz masih begini. Tiada apa yang berubah. Dan mungkin kepercayaan aku pada Detz dah jadi 59%. Ye la, dulu aku percaya kat dia dalam 15% je. Sebab masa masing-masing perasan muda mana tahu kenal-dating-curang dengan orang lain.

Bila aku berbual dengan Detz benda-benda macam ni, Detz cakap "saya dah tua untuk berkenal-kenalan, lagi pulak saya bukan jenis nak tegur orang dulu" Aku pun cakap "awak tua ke muda ke, awak tetap lelaki" Pastu Detz pun balas "Ni saya malas explain ape-ape kat awak, sebab awak akan membebel"

HAHAHA.

K,fine. Tu je la yang Detz tahu. Setiap percakapan aku tu bagi dia adalah membebel. Tapi kawan aku cakap walaupun Detz kategorikan aku ni sebagai "suka membebel" Detz tetap jugak akan call aku dan dengar aku cerita pumpang-pumpang. Dan bila aku senyap, Detz mesti akan tanya kenapa aku senyap.

Entry sebelum ni aku ada cerita yang aku gaduh dengan Detz. Cukup 3 hari aku call Detz.

"Hello.."

"Hello.."

"Buat ape tu?"

"Duk saje je"

"Kenape awak tak call saya?"

"Dah... Puas dah ke?"

"Haa la, saya tak tahan awak tahu tak. Tak tahan tak dapat bercerita. HAHAHAHA.."

*bunyi cengkerik*

Dia senyap buleh bila aku cakap macam tu. Esoknya, kitorang pun macam biasa dah. Sesungguhnya, lepas kitorang tunang bulan 10 hari tu, aku tak pernah bilang berapa lama dah kitorang tunang. Dan masa aku nak taip no 10 tu aku berhenti kejap sebab nak recall balik bulan berapa. Huahuahua. Aku memang lemah dan kurang suka bermain dengan nombor.

Ish.

Tu je la.

Random #5

- Serabut sangat...............................................

Tahniah, Detz!

Wiihuuuu.. Sebelum ni selalu bunyi cakap nak ikut walau ke mana Detz posting. Amik toh WPKL terus tak menahan tapi tetap nak ikut. Tapi tak sure boleh hantar Detz ke tak sebabnya masa tu sekolah tak cuti lagi. :( Btw, tahniah! Hehehe. WPKL tak semestinya HKL dok? Hmmm...

^^

Have A Nice Day.

Makin lama makin dekat. Rasa di hati sangat berdebar. Hihi. Kononlah. Berangan tak habis.
Nanti update lagi.

Jerawatss

Berminggu-minggu aku runsing akan muka aku. Muka yang dah lama tidak dihinggapi jerawat tiba-tiba lanco je naik jerawat. Akan tetapi berbeza dengan sebelum-sebelum ini. Kali ini jerawat naik di sekitar pipi kiri dan rahang belah kiri. Sakit hati dan jiwa bila yang ni surut sudah, naik yang lain di sebelahnya. Stress sangat. Tambah stress kalau Detz tegur. Biasalah I.

Beli ubat jerawat sudah, buat corong resdung sudah sebab ingatkan resdung kembali, guna pre-cleansing sudah in case make masih tertinggal kat muka. Semua dah cuba. Tempek bedak sejuk pun sudah tapi masih tidak berkesan.

Beberapa hari ni, aku jalankan sedikit eksperimen. Aku cuba ubah kedudukan aku semasa menghadap laptop. Selalunya kalau aku tak duduk di meja aku akan letak laptop atas katil dan aku meniarap. Aku tungkat muka aku dengan tangan kiri dan sudah tentu bertungkat di pipi kiri. Aku kira ini penyebab sebab sudah tiada alat make up dan skin care yang boleh aku kambing hitamkan untuk masalah ini.

Hari ini, aku lihat jerawat makin kurang. Kalau aku nak bertungkat pipi pun aku lapik tangan aku dengan tuala kecil. Nah! Jerawat makin surut dan di rahang pun makin mengering. Adakah ini tandanya tangan aku penuh bakteria? Dan bak kata Detz yang muka aku ni berat sangat sampai kena ada tongkat. Hahaha.

Padahal aku selalu sanitize tangan aku kot. Herrrrr.


Nak update pasal abang Detz kawen, tapi tunggu dulu lah. Heee =D

http://keretamayat.blogspot.com/



Dah berpuluh-puluh muka surat aku baca "Permata Yang Hilang Kini Dijumpai" hasil karya Hamka dari Chendering. Aku suka lah buku tu. Kalau nak baca blog dia pun boleh jugak. keretamayat.blogspot.com. Tapi buku ni best sangat. Tak rugi kot beli. Sesuai untuk yang belum kawen, nak kawen, dah kawen dan nak cerai bak kate penulis.

=)


Perumpamaan


Bukit kalau ditarah pun akan rata, apatah lagi duit simpanan.

Roti bila sampai tarikh dia expired akan berkulat, apatah lagi kereta yang dah setahun mula keluar bunyi aneh tapi tak tahu mana punca sebab tahu bawak je.

Baby kalau hari-hari jamu susu dan makanan akan membesar dengan pesat, yang dah tua ni apatah lagi. Menggeleberlah isinya.

Yang terang-terang nampak jahat dan nakal ni pun buat kesalahan orang kata, yang pakai tudung labuh tapi tak bulat kalau buat salah pun orang kata jugak.

Banyak cakap banyaklah salahnya, jadi diamlah. Tak reti-reti?

Orang yang 2 tahun bercinta pun kadang-kadang bosan, orang yang 6 tahun apatah lagi. Senyap seminggu tu sebenarnya nak suruh awak rindu je. Tapi, rindu ke?

Mesin kalau guna hari-hari pun rosaklah ia, anggota badan gitulah jugak kot. Paksa bawak bebanan berat. Patahlah ia.

Orang yang banyak kerja tapi asyik menghadap laptop, ibarat makan gaji buta. Kerja asyik bertangguh. Bila nak siap tak tahulah. Tak terfikir nak buka My Documents ke cik kak?
*Eh, cakap kat sape ni?


Handmade plush for you, Detz.


 
lukis ngan pensel je.


Jahit kia, sebab takde mesin jahit

Baru nak mula, kesnya sebab Detz nak swap skunk dia dengan aku. Aku je cakap skunk, Detz kata mendalah tu kucing sebenarnya. Detz cakap lagi, kalau aku bagi hippo hitam aku tu aku kena add on lagi sebab hippo hitam tu murah. Jadi, alang-alang aku memang nak buat plush ni aku jahitkan ajelah untuk Detz. Plush ni panjang, bolehlah buat peluk. Plush ni aku tak nak bagitahu lagi ape bendanya. Nanti dah siap, aku tempek gambarnya kat sini.

Hari Khamis [3 hari lalu], Detz datang KB. Jumpa aku. Last jumpa Detz bulan 12 baru ni lah. Hampir sebulan jugak tak jumpa. Pulak tu aku ada masalah besar. Hmm. Bapak aku ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ada masa, akan aku cerita. Datangnya Detz buat aku tenang. Dan berbincang sedikit tentang masa depan. Sempat jugak Detz makan tengah hari dengan mama, Oya dan aku kat rumah semalam. Menambah tak tahan tu. Ahaks. Ikan cencaru sumbat pulak memang fevret Detz.

:))