Tips Kurus.

Tajuk tak beragak. Aku bukan macam sesetengah orang yang kalau tak makan boleh kurangkan berat badan, makan hati pun boleh kurus dan apa-apa je la. Tapi kalau work-out memang akan kurus tapi kalau berhenti, badan aku macam di pam-pam. Tolonglah.

Sejak dua tiga menjak ni, aku jogging dan bersenam la jugak. Tapi aku tak bagitahu Detz, sebab dia cakap dia dah bosan dengar aku work-out la, tak makan la tapi bila dia tengok aku, tak de apa-apa perubahan pun. *mengeluh sikit*

So, ini cara aku.

1. Pertama sekali, aku ubah gaya pemakanan aku. Aku ni kuat makan okay. Kebetulan masa adik aku kemalangan tempoh hari dan tak boleh makan makanan pejal so mama belikan dia susu. Nama dia Ensure. Klik SINIIII untuk tengok gambar. Aku minum perisa vanila. Tak payah nak cakap "saya tak suka susu". Aku pun memang tak suka, tapi once aku bancuh, eh boleh terima la tekak aku ni. Kenyang sampai malam hoi. Sekarang malam tak makan, ada dua hari lepas siap tak makan nasi sehari pun boleh tahan.

2. Minum air masak dengan kadar yang sangat banyak. Ini untuk aku la. Minum banyak, kencing pun kerap. Salah satu faktor kenapa susah turun adalah kadar metabolisme rendah. Aku baca kat mana entah tak lama dahulu, minum air masak boleh meningkatkan kadar metabolisme badan. 3 liter sehari dah okay.

3. Jangan ajar tidur siang. Mungkin aku tak de masalah dengan tidur siang sebab aku memang jenis tak tidur siang. Aku pernah baca yang tidur siang akan menambah tekanan perasaan, pastu pulak boleh melemahkan jantung. Kalau nak 'qailulah' sebelum Zohor tu okay la.

4. Supplement. Susu Ensure tu pun dah elok sebenarnya sebab ada Omega. Tapi aku tetap makan EPO (Evening Primrose Oil). Makan sebab dia macam halang je jerawat naik dan kulit pun tidaklah kering. Okay la kot.

5. Sudah tentulah bersenam. Aku memang tak amalkan senaman ni setiap hari sebab aku dah serik dah jogging setiap hari, turun la. Tapi lepas tu bosan, terus tinggal dan terimalah akibat berat naik tak turun-turun dah even makan tak banyak. So, sekadar seminggu dua kali je aku jogging. Kalau kat rumah, aku buat stretching. Konon je tu. Lepas tu aku buat senaman perut. Aku memang fail sit-up, jadi Detz pernah ajar aku cara untuk kempiskan perut. Nampak sangat letew perut I boncit. Cis.

Caranya:

-Tarik nafas sampai perut kempis, jangan dalam sangatlah kang semput. Dalam masa yang sama perut tengah kempis tu, teruskan bernafas macam biasa. Buat selama 10 saat dan lepas. Lepas tu buatlah lagi. Nak buat berapa kali sehari pun tak pe. Tengah menghadap laptop pun boleh buat. Kalau buat banyak kali dalam sehari, dalam 3 hari boleh rasa perubahan. Tapi kena rajin je syarat dia. Aku kadang malas.



Cukuplah 5 tips. Lagipun, letak banyak pun, kalau malas memang takkan menjadi. Aku pun bukan kurus nak cakap bab tips ni, ahak ahak ahak. Sekadar berkongsi je. Tapi amalkan ni, seminggu lebih tu, turun la jugak 1kg. Lambat, tapi berkesan. Kalau berat turun mendadak, nanti kulit menggelebir(betul eja?). Tak cantik okeh.