Kita memang lah nak kahwin.

Tapi, nak buat macam mana kalau orang yang kita nak sangat kahwin tu tak nak lagi kahwin dengan kita? Maksudnya, kita dah usaha kot bagitahu tapi dia macam "eh, awak cakap pasal apa ni?" "dah buang tebiat ke hape? tak pepasal.." "kalau awak nak sangat, pergi cakap dengan ma?" Ape tak malu sangat muka kita nak pergi cakap dengan mak dia yang kita nak kahwin dengan dia? Apa mak dia kan dah suruh kita kahwin, tapi dah dia tak nak. Susahnya. Susahnya. Alasan yang boleh diterima pakai buat masa sekarang adalah "awak nak makan apa nanti? pasir?" Eh adalah rezekinya nanti. Lepas tu timbul pulak "kerja tak lagi, rumah tak de lagi, awak ingat senang?!" Itu namanya malas nak menanggung risiko. Orang lain elok je menikah masa tengah belajar lagi. Pandai pulak dia cakap "family diorang kaya-raya. Majlis mak ayah payung" Banyak alasan. Bila kita tanya "kenapa setiap kali saya tanya awak, awak sayang saya tak awak kata tak tak tak?" Awak dengan konpiden tahap maksima cakap "dah memang tak sayang, macam mana nak cakap sayang" Habis tu kenapa awak dengan saya skang ha?!" Awak dengan muka tak malu cakap kat kita "Awak tahu sebab apa" Cubalah cakap awak sayang kita. At least sejuk otak kita ni ha.