Tesco

Tesco kadang tak alert sangat dengar harga. Baguslah untuk pembeli. Hehe. Dah lama bercadang nak beli gold flat kat Tesco tapi rasa tak berbaloi nak beli sebab takde jenama satu hal, pakai pun mesti beberapa kali dah rosak. Jadi tak nak bazirkan RM28 untuk flat, baik beli wedges.

Itu beberapa bulan yang lalu. Baru-baru ni pergi Tesco sebab ikan, ketam, udang, kerang kat Tesco murah gila. Ikan patin RM2.99 sekilo mana mahu dapat. Ikan bawal 2 ekor baru RM5 hoi. Lepas tu lalu balik kat gold flat. Ada. Harga jatuh menjunam weh. Jadi RM8.40. Aku cakap kat mama "sayang dia nak cukupkan RM8.50 kan mama?" Mama kata "haah..hahaha" bagian sapot aku le tu.

Beli barang dekat satu troli kemudian nak bayar. Sekali dia scan, RM5. Aku pandang mama dengan harapan mama faham. Aku pernah dah macam ni sebelum ni. Jadi aku tak ralat. Dulu aku beli anak patung, harga kat patung selepas harga jatuh merudum adalah RM8.90. Sekali dia scan, jadi RM6.

Sama kes macam saudara mak saudara aku. Dia beli tv nipis kat Tesco yang tag terpampang RM1K++. Sekali scan, RM800++. Mahu tak suka kawan tu. Rasanya polisi mana-mana supermarket sama kot kan, "ambil harga terendah". Nasib. Kan untung. Tapi tak semua barang macam tu. Panjang la hidung kau semua nak murah je.