Tips Kurus.

Tajuk tak beragak. Aku bukan macam sesetengah orang yang kalau tak makan boleh kurangkan berat badan, makan hati pun boleh kurus dan apa-apa je la. Tapi kalau work-out memang akan kurus tapi kalau berhenti, badan aku macam di pam-pam. Tolonglah.

Sejak dua tiga menjak ni, aku jogging dan bersenam la jugak. Tapi aku tak bagitahu Detz, sebab dia cakap dia dah bosan dengar aku work-out la, tak makan la tapi bila dia tengok aku, tak de apa-apa perubahan pun. *mengeluh sikit*

So, ini cara aku.

1. Pertama sekali, aku ubah gaya pemakanan aku. Aku ni kuat makan okay. Kebetulan masa adik aku kemalangan tempoh hari dan tak boleh makan makanan pejal so mama belikan dia susu. Nama dia Ensure. Klik SINIIII untuk tengok gambar. Aku minum perisa vanila. Tak payah nak cakap "saya tak suka susu". Aku pun memang tak suka, tapi once aku bancuh, eh boleh terima la tekak aku ni. Kenyang sampai malam hoi. Sekarang malam tak makan, ada dua hari lepas siap tak makan nasi sehari pun boleh tahan.

2. Minum air masak dengan kadar yang sangat banyak. Ini untuk aku la. Minum banyak, kencing pun kerap. Salah satu faktor kenapa susah turun adalah kadar metabolisme rendah. Aku baca kat mana entah tak lama dahulu, minum air masak boleh meningkatkan kadar metabolisme badan. 3 liter sehari dah okay.

3. Jangan ajar tidur siang. Mungkin aku tak de masalah dengan tidur siang sebab aku memang jenis tak tidur siang. Aku pernah baca yang tidur siang akan menambah tekanan perasaan, pastu pulak boleh melemahkan jantung. Kalau nak 'qailulah' sebelum Zohor tu okay la.

4. Supplement. Susu Ensure tu pun dah elok sebenarnya sebab ada Omega. Tapi aku tetap makan EPO (Evening Primrose Oil). Makan sebab dia macam halang je jerawat naik dan kulit pun tidaklah kering. Okay la kot.

5. Sudah tentulah bersenam. Aku memang tak amalkan senaman ni setiap hari sebab aku dah serik dah jogging setiap hari, turun la. Tapi lepas tu bosan, terus tinggal dan terimalah akibat berat naik tak turun-turun dah even makan tak banyak. So, sekadar seminggu dua kali je aku jogging. Kalau kat rumah, aku buat stretching. Konon je tu. Lepas tu aku buat senaman perut. Aku memang fail sit-up, jadi Detz pernah ajar aku cara untuk kempiskan perut. Nampak sangat letew perut I boncit. Cis.

Caranya:

-Tarik nafas sampai perut kempis, jangan dalam sangatlah kang semput. Dalam masa yang sama perut tengah kempis tu, teruskan bernafas macam biasa. Buat selama 10 saat dan lepas. Lepas tu buatlah lagi. Nak buat berapa kali sehari pun tak pe. Tengah menghadap laptop pun boleh buat. Kalau buat banyak kali dalam sehari, dalam 3 hari boleh rasa perubahan. Tapi kena rajin je syarat dia. Aku kadang malas.



Cukuplah 5 tips. Lagipun, letak banyak pun, kalau malas memang takkan menjadi. Aku pun bukan kurus nak cakap bab tips ni, ahak ahak ahak. Sekadar berkongsi je. Tapi amalkan ni, seminggu lebih tu, turun la jugak 1kg. Lambat, tapi berkesan. Kalau berat turun mendadak, nanti kulit menggelebir(betul eja?). Tak cantik okeh.


"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"

Dah lama tak join GiveAway. Kali ni berminat sangat.


Mengapa anda nakkkk sangat product Miracle Tab ni daripada Irine?

"Sebab sekarang saya obses dengan barangan dari Jepun dan Korea seperti foundation, compact powder dan pakaian. Asal sebut Jepun dan Korea je, mesti yang terbaik. Orang Jepun dan Korea kan memang mementingkan kesihatan dan kecantikan. Saya dah lama usya Miracle Tab ni, tak tak beli lagi. Kebetulan Irine buat GiveAway, jadi saya join. Mana tahu saya bertuah. Sebelum ni tak pernah menang dalam apa jua contest. Harharhar."


Anda juga boleh join, klik;





Kita memang lah nak kahwin.

Tapi, nak buat macam mana kalau orang yang kita nak sangat kahwin tu tak nak lagi kahwin dengan kita? Maksudnya, kita dah usaha kot bagitahu tapi dia macam "eh, awak cakap pasal apa ni?" "dah buang tebiat ke hape? tak pepasal.." "kalau awak nak sangat, pergi cakap dengan ma?" Ape tak malu sangat muka kita nak pergi cakap dengan mak dia yang kita nak kahwin dengan dia? Apa mak dia kan dah suruh kita kahwin, tapi dah dia tak nak. Susahnya. Susahnya. Alasan yang boleh diterima pakai buat masa sekarang adalah "awak nak makan apa nanti? pasir?" Eh adalah rezekinya nanti. Lepas tu timbul pulak "kerja tak lagi, rumah tak de lagi, awak ingat senang?!" Itu namanya malas nak menanggung risiko. Orang lain elok je menikah masa tengah belajar lagi. Pandai pulak dia cakap "family diorang kaya-raya. Majlis mak ayah payung" Banyak alasan. Bila kita tanya "kenapa setiap kali saya tanya awak, awak sayang saya tak awak kata tak tak tak?" Awak dengan konpiden tahap maksima cakap "dah memang tak sayang, macam mana nak cakap sayang" Habis tu kenapa awak dengan saya skang ha?!" Awak dengan muka tak malu cakap kat kita "Awak tahu sebab apa" Cubalah cakap awak sayang kita. At least sejuk otak kita ni ha.

Mulai semalam (Sabtu) aq dh single...

Bukan aku. Tolonglah. Ni status student aku. Darjah 6 baru weh. Tak menahan aku tengok status budak-budak tu. Dulu aku tak approve diorang ni semua sebab aku tahu kalau aku update apa-apa nanti diorang tanya kat sekolah. Sekarang dah jauh gila, jadi tak de masa diorang nak tanya. Antara status yang sempat aku copy-paste;


bosan la u x bkk fb ! bored gile ! :P !

syg love u la ! kan Aisyah ! saksi syg tau !

ngajuk ngan dye ! ngajuk ! ngajuk ! ngajuk ! ermm ....

Borink la.. x tau nk mcj ngan spe.. "Die" x blk skul lagi ke?? Sorang tu on9 tpi sye dh x nk ckp ngan die lagi.

Aq bagi kedit kat die sbb aq suh die mcj ngan aq tpi die mcj ngan org laen... skit to la die tu.....

oh syg kau begitu .. sempurnA .. sempurnA .... !



Aku tak gelak pun. Cuma aku rasa, bagusnya dah ada perasaan cinta dan kasih sayang. Aku pun ada jugak dulu. Tapi tak pernah sekali luah, sebab tu lah kali pertama ada pasangan so-called cinta kesian pertama pun masa Form 5. Adab kemain jaga, dating tapi duduk jauh gila macam 5 orang lagi boleh duduk antara kami. Cisss. Apa dikenang cerita lama.


Tu je buat masa sekarang.


Tesco

Tesco kadang tak alert sangat dengar harga. Baguslah untuk pembeli. Hehe. Dah lama bercadang nak beli gold flat kat Tesco tapi rasa tak berbaloi nak beli sebab takde jenama satu hal, pakai pun mesti beberapa kali dah rosak. Jadi tak nak bazirkan RM28 untuk flat, baik beli wedges.

Itu beberapa bulan yang lalu. Baru-baru ni pergi Tesco sebab ikan, ketam, udang, kerang kat Tesco murah gila. Ikan patin RM2.99 sekilo mana mahu dapat. Ikan bawal 2 ekor baru RM5 hoi. Lepas tu lalu balik kat gold flat. Ada. Harga jatuh menjunam weh. Jadi RM8.40. Aku cakap kat mama "sayang dia nak cukupkan RM8.50 kan mama?" Mama kata "haah..hahaha" bagian sapot aku le tu.

Beli barang dekat satu troli kemudian nak bayar. Sekali dia scan, RM5. Aku pandang mama dengan harapan mama faham. Aku pernah dah macam ni sebelum ni. Jadi aku tak ralat. Dulu aku beli anak patung, harga kat patung selepas harga jatuh merudum adalah RM8.90. Sekali dia scan, jadi RM6.

Sama kes macam saudara mak saudara aku. Dia beli tv nipis kat Tesco yang tag terpampang RM1K++. Sekali scan, RM800++. Mahu tak suka kawan tu. Rasanya polisi mana-mana supermarket sama kot kan, "ambil harga terendah". Nasib. Kan untung. Tapi tak semua barang macam tu. Panjang la hidung kau semua nak murah je.