Scotland Boy, Is That You??


Terharu, touching, speechless and so on. Pelik betul melihat tingkah lakunya hari ni. Mengapa tidak seperti selalu. Mengapa tidak mencuit-cuit. Mengapa tidak bercakap, mengapa tidak memijak kaki dan mengapa lain benar.

Pelik sungguh melihat kesungguhannya hari ni. Begitu bersemangat waja dan begitu khusyuk sekali. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengannya hari nih. Terlihat di kunci keretaku keychain Eiffel Tower pemberiannya tahun lalu. Begitu murah hatinya memberikan sesuatu yang tak mungkin dia dapat lagi selepas ini[mungkin jugak dia akan kembali ke sana]

Suka aku melihat kulit putih dan kematsalehannya itu. Walau kebanyakan orang kate perangainya begitu menjengkelkan, tapi bagi aku dia humor. Dialek orang putehnya kadang-kadang buat aku suka mendengar dia menegurku. Aku seperti orang gila bayang lagaknya. Oh bukan. Aku hanya kagumi.

Masihku ingat kala dia menganggapku seolah-olah tidak wujud heh.. Hoi sudah la.. Hahahaha. Aku bercakap tentang Imran Syafiq sekarang nih. Dia seorang lelaki yang tidak cukup umur. Nakal dan tak hirau orang di sekeliling.

Dia hanya salah seorang student aku sebenarnya. Dia orang Malaysia tapi ayah dia di hantar ke Scotland. Tapi sekarang dah kembali ke Malaysia. Dia dan adik dia memang di gelar budak Scotland. Dia macam orang puteh asli dah aku tengok. Tahun ni dia dah tahun 4. Tadi aku jaga solat tahap 2. Aku berdiri belakang dia. Aku dengar dia baca dalam sayup-sayup al-fatihah dan surah lazim dengan penuh khusyuk dan berlagu lagi. Aku rasa touching dan speechless. Mana mungkin dia yang tahun lepas sangat nakal, tak buat kerja, masa solat duk pijak-pijak kaki kawan dia dan bila aku suruh buat latihan English tahun lepas dia boleh cakap dalam gaya tak lulus BM dan sopan je;

"saya dah belajar ni kat Scotland"

Tahun nih aku ajar dia English lagi. Dalam kelas masih nakal, erm waktu solat khusyuk gileer kamu ye. Aku rasa betul la..

"KAWAN SEBELAH BOLEH MEMPENGARUHI PERIBADI SESEORANG"

Aku tak de gambar dia untuk di upload..


No comments: