Budak Kecik!! Kamu Tahu Tak Kamu Sangat Comel??

Tetibe aku jumpe gambar2 nih. Masih aku ingat, aku dalam bas ekspress yang tak brape nak ekpress. Budak nih asik jengok-jengok tengok aku. Banyak kali pulak tu. Kenape dik?? Suka akak yang mokmok nik ye hehehehe..

Yang kebiruan tu seluar aku daa.. Budak kecik memang comel, kan??


Ni sorang lagi. Aku tak kacau hidup dia pun, tetiba datang menari-nari depan aku. Aku ape lagi, amik dia punya gambar terus.

Kak Kin kate, ramai budak-budak sukakan aku sebab diorang anggap aku ni macam kawan-kawan diorang. Aku suka jugak, tapi setakat 2 atau 3 jam boleh la pastu aku tak leh dah.. hehehehe..

Memang tak bley blah anak sedare Sopi gelak. Dengan tak de gigi. Yang abang panggil Boy. Yang adik Junior.

Anak sedare Sopi pun suka dekat-dekat ngan aku. Bila aku agah-agah sikit, lari kik3..

Ni lagi la. Adik aku Oya. Asal aku balik ade jek nak mencapub kat bilik aku. Kadang-kadang berspende, kadang-kadang naked. Tapi aku sayang dia. Nakal tahap dewa19 la kamu ni "shandoli". Gelaran aku bagi kat dia.


Ni anak Kak Mainae, tudung coklat tuh aku. Sila abaikan. Anak dia yang di panggil "abang" sangat malu ngan aku. Asal dia datang bilik guru, tengok jek aku terus dia gi tekap muka kat punggung ibu dia, abang..abang...


dari kiri: Nabil, Haziq, Asfa Aiman..

Tiga-tiga orang nih tahun ni dah masuk tahun 2. Diorang suka usik-usik aku. Suka duduk dekat ngan aku. Aku pun suka la nyakat diorang. Diorang sangat suka dengar aku bercerita. Tahun 2010 ni aku ajar diorang Pendidikan Seni. Habis la aku...Hik3!!!

Ni anak sedare Detz, mula-mula malu. Aku buat rancak sikit duk mencapub depan dia, last-last suka pulak dia main pasir ngan aku.

"Jangan makan butir" adalah trademark aku dan dia. Aku ajar dia makan buah jentik jangan telan biji. Suka beno aku dia panggil aku Cik Wan.. Kalau aku duk dalam bilik, dia akan datang jenguk dan tanya "Cik Wan buat ape tu??". Rindu laks kat kamu... Oh dia adalah kakak kepade baby boy di atas.




Kanak-kanak adalah anugerah terindah. Sayu lak rase hati...

No comments: