Scotland Boy, Is That You??


Terharu, touching, speechless and so on. Pelik betul melihat tingkah lakunya hari ni. Mengapa tidak seperti selalu. Mengapa tidak mencuit-cuit. Mengapa tidak bercakap, mengapa tidak memijak kaki dan mengapa lain benar.

Pelik sungguh melihat kesungguhannya hari ni. Begitu bersemangat waja dan begitu khusyuk sekali. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengannya hari nih. Terlihat di kunci keretaku keychain Eiffel Tower pemberiannya tahun lalu. Begitu murah hatinya memberikan sesuatu yang tak mungkin dia dapat lagi selepas ini[mungkin jugak dia akan kembali ke sana]

Suka aku melihat kulit putih dan kematsalehannya itu. Walau kebanyakan orang kate perangainya begitu menjengkelkan, tapi bagi aku dia humor. Dialek orang putehnya kadang-kadang buat aku suka mendengar dia menegurku. Aku seperti orang gila bayang lagaknya. Oh bukan. Aku hanya kagumi.

Masihku ingat kala dia menganggapku seolah-olah tidak wujud heh.. Hoi sudah la.. Hahahaha. Aku bercakap tentang Imran Syafiq sekarang nih. Dia seorang lelaki yang tidak cukup umur. Nakal dan tak hirau orang di sekeliling.

Dia hanya salah seorang student aku sebenarnya. Dia orang Malaysia tapi ayah dia di hantar ke Scotland. Tapi sekarang dah kembali ke Malaysia. Dia dan adik dia memang di gelar budak Scotland. Dia macam orang puteh asli dah aku tengok. Tahun ni dia dah tahun 4. Tadi aku jaga solat tahap 2. Aku berdiri belakang dia. Aku dengar dia baca dalam sayup-sayup al-fatihah dan surah lazim dengan penuh khusyuk dan berlagu lagi. Aku rasa touching dan speechless. Mana mungkin dia yang tahun lepas sangat nakal, tak buat kerja, masa solat duk pijak-pijak kaki kawan dia dan bila aku suruh buat latihan English tahun lepas dia boleh cakap dalam gaya tak lulus BM dan sopan je;

"saya dah belajar ni kat Scotland"

Tahun nih aku ajar dia English lagi. Dalam kelas masih nakal, erm waktu solat khusyuk gileer kamu ye. Aku rasa betul la..

"KAWAN SEBELAH BOLEH MEMPENGARUHI PERIBADI SESEORANG"

Aku tak de gambar dia untuk di upload..


Mereka Baru Bercinta Kah??


Dia1: Assalamualaikum..

Dia2: Waalaikumussalam..

Dia1: Sihat?? Dah sarapan ke belum? Kalau belum kita keluar makan sat lagi..

Dia2: Sihat.. Belum..

Dia1: Macam mana kerja?? Okay tak??

Dia2: Okay jek..

Bla..bla.. bla..

Aku dah tak dengar. Perbualan luodspeaker by phone nih aku dengar masa aku berada di PSG (Pusat Sumber Guru). Ini perbualan Guru Besar aku dengan bini dia yang jadik Guru Besar kat Tadika yang agak tidak jauh dari sekolah aku.

Aku rasa mereka dah berpuluh-puluh tahun berkahwin as my GB dah old skool hekheks!! Bersembang bagai mereka tinggal berjauhan jek. Kan bezz macam tu kan?? Erm, my GB sebelah kakinya dah di potong gara-gara kencing manis. Dah pakai besi kaki palsu. Tapi aku tengok dia memang ligat bekerja. Macam-macam kerja yang dia bagi kat kitorang hikhiks!! Dia nampak berusaha.

Tu saje, aku jelezz jika mereka yang berkahwin beratus-ratus tahun tapi macam baru nak belajar bercinta..

p/s : Aku tak kawen lagi ok..

Budak Kecik!! Kamu Tahu Tak Kamu Sangat Comel??

Tetibe aku jumpe gambar2 nih. Masih aku ingat, aku dalam bas ekspress yang tak brape nak ekpress. Budak nih asik jengok-jengok tengok aku. Banyak kali pulak tu. Kenape dik?? Suka akak yang mokmok nik ye hehehehe..

Yang kebiruan tu seluar aku daa.. Budak kecik memang comel, kan??


Ni sorang lagi. Aku tak kacau hidup dia pun, tetiba datang menari-nari depan aku. Aku ape lagi, amik dia punya gambar terus.

Kak Kin kate, ramai budak-budak sukakan aku sebab diorang anggap aku ni macam kawan-kawan diorang. Aku suka jugak, tapi setakat 2 atau 3 jam boleh la pastu aku tak leh dah.. hehehehe..

Memang tak bley blah anak sedare Sopi gelak. Dengan tak de gigi. Yang abang panggil Boy. Yang adik Junior.

Anak sedare Sopi pun suka dekat-dekat ngan aku. Bila aku agah-agah sikit, lari kik3..

Ni lagi la. Adik aku Oya. Asal aku balik ade jek nak mencapub kat bilik aku. Kadang-kadang berspende, kadang-kadang naked. Tapi aku sayang dia. Nakal tahap dewa19 la kamu ni "shandoli". Gelaran aku bagi kat dia.


Ni anak Kak Mainae, tudung coklat tuh aku. Sila abaikan. Anak dia yang di panggil "abang" sangat malu ngan aku. Asal dia datang bilik guru, tengok jek aku terus dia gi tekap muka kat punggung ibu dia, abang..abang...


dari kiri: Nabil, Haziq, Asfa Aiman..

Tiga-tiga orang nih tahun ni dah masuk tahun 2. Diorang suka usik-usik aku. Suka duduk dekat ngan aku. Aku pun suka la nyakat diorang. Diorang sangat suka dengar aku bercerita. Tahun 2010 ni aku ajar diorang Pendidikan Seni. Habis la aku...Hik3!!!

Ni anak sedare Detz, mula-mula malu. Aku buat rancak sikit duk mencapub depan dia, last-last suka pulak dia main pasir ngan aku.

"Jangan makan butir" adalah trademark aku dan dia. Aku ajar dia makan buah jentik jangan telan biji. Suka beno aku dia panggil aku Cik Wan.. Kalau aku duk dalam bilik, dia akan datang jenguk dan tanya "Cik Wan buat ape tu??". Rindu laks kat kamu... Oh dia adalah kakak kepade baby boy di atas.




Kanak-kanak adalah anugerah terindah. Sayu lak rase hati...