Puase-Puase Pun Nak Buat Hal Ke??!!!

Ni aku ade cerita nalla punya. Aku dah banyak tido dalam bus. Bayangkan dari kul 3 ptg naik bus, 10.30mlm baru sampai. So,dengan earphone tak bawak, nak dengar lagu tak leh. Baik aku tido dari duk tengok pakwe dan makwe kat sebelah duk berkepit. Hahahahaha....Tu pun includes bus tu brenti berbuke pose kat Tepoh. Mase berbuke aku order KueTiaw gogeng dan teh o ais limau. Sempat jugak berkenalan dengan sorang gurl yang sedang praktikal kat Kuantan.

Al-kisah.....Pas aku bertenet semalam, lebey kurang pukul 2 pagi++, aku mengelamun lam bilik. Duk kejap,aku bunyi pelik. "Kok Kek..Kok Kek" macam bunyi orang memanjat. Actually, mase dalam bus lagi aku duk terlintas, camne kalau aku balik nie ade orang masuk umah aku. Maklum la dah seminggu tinggal. Tapi aku buat tak tahu je sebab aku malas nak fikir campur mase tu asik nak tido je kejenye. Aku nie, jenis berdaulat sikit. Hahahahaha.. Bukan nak "Menyerlahkan Daya Penarik Diri Anda" okay. Kalau aku terlintas, memang nak jadi la tu. Ni pun aku duk terlintas serba sedikit tentang Detz,tapi tak bukak mulut je lagi sebab bukti takde. You better watch out Detz hik3.

Sambung balik, pas dengar tu aku intai la kat tingkap. For your information, bilik aku tingkat atas. 2 storey.. Aku tengok bendera Malaysia yang sedang berkibar bergoyang. Eh pelik..Kalau angin takkan kuat sangat.

Pehtu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku nampak kepala suspek, baju peach. Macam baju kemeja gitu la. Aku tunggu kepala die tinggi sikit. Dengan sekuat hati aku pun jerit

"Woi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Suspek berkenaan terkejut, cepat-cepat die cari batas untuk turun. Sekali lagi aku jerit "Astaghfirullahal azim!!!!!!!!"

Die pun terjun dengan kadar ketinggian separa maksima, dan membukak langkah seribu. Aku terus lemah lutut. Terus aku capai nsetan dan call Detz. Mase tu terfikir Detz jek,bio le dia jauh pun. Berape kali ntah aku call, Detz tak angkat. Aku sms jek. 5minit kemudian Detz call. Pukul 3 dah mase tu. Cakap-cakap ngan Detz. Aku takde la nangis pun. Cume lemah sikit lutut sebab terkejut kot. Aku sensorang semalam. Rase nak call semua orang nak gitau pasal suspek durjana tu. Tapi aku gitau roomate je aku pastu.

Dah la bulan pose, lampu terpasang lagi tu. Ade hati jugak nak panjat naik. Vodoh, Vengong, Vahlol dan sebagainye untuk kau wahai suspek.

Pagi nie,puan rumah datang selepas aku sms die sahur tadi. Aku jugak sms pa untuk gitau. Pa call.. Puan rumah datang dengan sorang pakcik yang datang ukur nak buat gril. Aku yang bagi cadangan lam sms tu. Datang terus pagi nie. Cadangan di terima dan ditutup..Hehehehehe...

Aku tak tido langsung pas kejadian tu, kul 7 tadi baru nak tido. Puan rumah lak call kate nak datang. Terbantut tido aku dan aku tak tido sampai sekarang.

Nota kakiku : Thanks 4 calling yunk!!

No comments: